kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Sunday, 4-Nov-2007 06:22 Email | Share | | Bookmark
Chocolate Cheese Cake (Shasha)

 
 
Wow masa berjalan bergitu pantas, bulan syawal dah tinggal hanya 9 hari lagi
dah tak banyak activiti raya yang di ada kan di sini, segala2 nya berbalik saperti
sedia kala, cuma kenangan manis dia bulan puasa di mana pada malam raya
kawan2 Shasha datang beramai2 berbuka puasa di rumah dan seterus nya
kami beramai membuat persediaan untuk hari raya pada keesukan hari nya. Ok lah
kita tinggal kan cerita raya berbalik kepada resepi masakan untuk hari ini
chocolate cheese cake .....

Bahan2-nya

Untuk crumbs

1 1/2 cup digestive biscuits
1/3 cup white sugar
1/3 coco powder
1/3 cup butter melted

Untuk Cake

2 x 250 pkg cream cheese
1/2 cup sugar
1/2 tsp vanilla
2 eggs
2 sq melted chocolate

Method

Preheat oven 170 deg.
Beat cream cheese until smooth, gradually add sugar
and eggs beat well. Add vanilla beat on medium speed until
smooth, stir in chocolate. Pour cheese mixture into crust. Sprinkle
top with chop chip,. bake for 1 hr. Turn off oven and leave
cool for another hour. Refrigerate before moving side of pan.













"Tips dari Shasha>> setelah cheese cake nya overcooked"


Quote:
Baking Cheesecake
Cheesecakes tend to get overcooked. A cheesecake is done when the center is still wobbly. It looks undercooked at this stage but it isn't. At this time simply leave the door of the oven closed, turn off the heat and let the cheesecake cool for at least one hour. This helps prevent the cheesecake from sinking in the center. After chilling the once wobbly center should firm up just fine and without the unattractive cracks that overcooking causes.

















Quote:
    Lee Lin>>Shasha kata dia pun rugi tak kawan dengan Lee Lin
    tidak boleh makan cendul, sedap nya dia kate dah lama tak makan

    Mama Fami>> bake cara biasa aje tapi shasha kata dia terover bake
    sikit tu, tu lah tak cantik sangat

    Amy>>Yeah my girls di Parua Road dah Merdeka, boleh jumpa,
    auntie pun dah rindu, lama sangat tak jumpa

    Nini>> terima kasih kerana melawat page auntie, cake ni Shasha, anak auntie
    yang buat dia kata macam simple aje, boleh lah cuba


Sunday, 28-Oct-2007 09:04 Email | Share | | Bookmark
Mexican Bun

 
 
 
Selepas raya ni auntie belum buat apa2 entry melainkan kuih raya,
minggu sudah Shasha cuba buat Mexican Bread di mana resepi auntie
dapat dari Mama Fami yang Glamour
tak sangka menjadi, kami sekeluarga tak sabar nak mencuba,dan tak sabar
nak tunggu masak , maklum lah perkara yang paling excited bila menunggu
dough menaik




kepada yang belum mencuba, cuba lah memang sedap, dan resepi
dapat kan di sini untuk resepi click di sini












Quote:
    Rinnchan>> betul kata Rinn tu, dah berbalik kenormal diet
    macam mana dengan raya kat sana?? misti banyak open house kan, best nya


    Mama Fami>> itu lah, Shasha rajin juga masak, menjadi pula maxican bun, sedap
    thanks mama, pada auntie lah, mama glamour, pada orang lain entah lah, sebab kepada
    peminat2 fp di sini semua kenal Mama Fami , ish.. besar rumah tu banyak kabinet ,
    alhamdullilah

    Lee Lin>> ade lagi bun tu, kalau Lee Lin datang rumah auntie nanti, auntie
    double kan

    Mamasya>> tu ah masukkan dia dalam kelambu, kerana letak kat luar, dalam
    rumah sejuk roti tak naik

    Rfah>> Selamat Hari untuk Rfah dan keluarga, bagaimana hari raya tahun ini??
    tentu meriah kan, auntie kat sini biasa aje, banyak tak kuih raya ??

    MaDiHa>> topping maxican auntie ni pun tak lah cantik sangat, rasa
    boleh tahan sedap

    Kak Leen>> Baru auntie perasan macam lilitan ubat nyamuk, , itu lah
    Mama Fami memang pandai bua roti

    Nur>> tu lah takut dia tak naik, di belai2 lagi macam puteri raja


Friday, 26-Oct-2007 08:12 Email | Share | | Bookmark
Biskut Arab (II)

 
 
Biskut arab ini Shasha cuba buat, resepi dari fotopages Kak Liza sedap walau pun sedikit berbeza dari biskut arab yang selalu auntie buat.










Untuk recipe : click

selamat mencuba






Quote:
    Nur tu lah kalau dekat boleh kita bertukar2 biskut raya, dan buat rumah
    terbuka bersama2

    Jie-Jie>> dah takdir berjauhan, eluk juga nanti Jie-Jie jemu tenguk auntie

    Ida>> tu lah ada orang tak suka biskut arab ni kerana ghee tu, tapi pada
    yang suka tu dah tentu buat, macam mana business Ida, bagus tak??

    Mamazieza>> selamat hari raya untuk mama, masih belum terlambat, raya sebulan
    auntie dengar juga nyamuk menyerang, harap everything ok now ye

    Kak Liza Terima Kasih kerana melawat page auntie, dah banyak resepi kak Liza
    yang auntie dah cuba, sedap2 dan menjadi belaka terima kasih daun keladi, dan biskut arab
    ini sedap terima kasih sekali lagi kerana berkongsi resepi


Wednesday, 24-Oct-2007 09:17 Email | Share | | Bookmark
Tart Gulung

 
 
 
View all 5 photos...
Masih dalam mood raya, so masih entry kuih raya, yang tak sempat nak
buat entry pada bulan puasa, kuih tart ini kegemaran anak2 auntie, so misti
walau pun kadang2 terfikir malas nak buat jem nenas, kat sini semua nak
buat sendiri , kalau kat malaysia boleh lah gi kedai beli, kat sini tak upaya lah
nak buat bergitu, malas ke rajin ke lah buat. Di bawah kuih tart yang dapat
auntie rakamkan.












Tart Gulung

500g mentega
2 biji telur
1 sudu teh vanilla esen
2 sudu makan susu manis
800g tepung gandum
sedikit garam


Mentega, telur, susu manis,garam dan vanilla di pukul rata. Lalu masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ambil sedikit inti nenas, lalu dibungkus dengan adunan tepung dan di bentukkan seperti dedaun. Gunting untuk menjadi kan seperti duri-duri pokok nenas. Letakkan di dulang pembakar dan sapukan kuning telur diatas nya. Bakar pada suhu 170deg.C sehingga masak.




JEM NENAS

2 biji nenas mengkal dan kuning
450g gula pasir
1 biji pelaga
2 kuntum cengkih

Parut kasar nenas. Tapis dan toskan. Jangan di perah! masukkan kedalam periuk(sebaik-baiknya, gunakan periuk non-stick) dan masak dengan api sederhana sehingga nenas nya kering sedikit. Masukkan gula, pelaga dan cengkih, dan masak lagi sehingga ia semakin pekat dan berkilat dengan api yang kecil. Biarkan ia kering sedikit baru matikan api dan sejukkan.


Quote:
Recipe tart kali in auntie ambil daripada fotopages " Rossya Ahd" tetapi
auntie gunakan achuan tart gulung, oleh itu pastry misti lah lembut, jika keras
tambahkan sedikit mentega



Quote:
    Mamasya>> auntie pun suka kuih tart, entah lah badan pun dah naik
    ni asyik duk makan kuih raya, ish best sungguh tenguk gambar raya kat Brunei tu, lagi2
    hadiah dari Sultan, bertuah badan dapat pengelaman bergitu

    Mama Fami memang penat tekan pakai acuan yang kecil tu, dulu2 auntie
    ade cuba masa kat Malaysia, akhir nya pakai acuan yang ini tak penat sangat, harap2 mimpi jadi kenyataan, auntie sambut mama dengan tangan terbuka ke pondok auntie





































































































Friday, 19-Oct-2007 10:08 Email | Share | | Bookmark
Sarang Semut

 
 
 
View all 6 photos...
Sebahagian dari kuih raya yang auntie sempat buat, biskut yang menarik
dan cantik rupa nya ini auntie dapat dari fp
Kak Liza
tahun sudah pun auntie buat kuih ni juga, jadi tahun ini tak boleh
tak buat, dah jadi biskut resmi lah nampak nya , kepada sesiapa yang belum cuba
cuba lah memang sedap. Lupa auntie nak cakap, yang auntie guna acuah muruku,tapi
susah lah nak pusing, jadi auntie rasa lebih baik gunakan acuan sarang semut atau grater.








BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul lagi.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam suhu 180 deg selama lebih kurang 15 minit.













Quote:
    Nur>> nampak cantik agak nya pasal paper cup tu merah,
    tu lah masa bulan puasa macam tak cukup masa nak buat entry, sibuk sangat

    Mamasya>> boleh cuba tahun depan, auntie suka biskut ni, nanti auntie
    letak gambar raya, kena tenguk yang eluk2 sikit insyaallah

    Jie-Jie>> Biskut Jie-Jie misti lebih istimewa

    Ida>> masa datang rajin tu cepat2 auntie buat entry, kalau datang malas
    nanti susah lak

    Roy Lazim>> ok aje tak lah cantik sangat biskut auntie tu


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net