kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-May-2008 11:06 Email | Share | | Bookmark
Vadai

 
 
 
View all 6 photos...
Minggu sudah auntie buat Vadai, tapi baru hari ini nak buat entry, bukan pasal apa
lambat, kerana auntie nak buat Madeline dulu, kueh favorite. Kueh Vadai ini resepi
asal dari Rinn, auntie
juga suka kueh vadai,dulu masa kecil2 kalau ke bandar dengan Mak dan Ayah
mesti beli Vadai dan kacang yang di jual oleh orang India di bandar, sedap.....

Okay lah ini kueh vadai auntie.



Quote:
    Rinnchann, terima kasih kerana berkongsi resepi, memang sedap, nampak
    selalu lah auntie buat, kerana dia nya senang dan tak banyak bahan2, dhall kat dalam
    almari tu boleh lah di gunakan, kalau tidak berbulan baru nak habis


Recipe nya:


250 g kacang dhall
2 tangkai chili kering di hiris halus
1 tangkai daun curry di hiris halus
1/2 labu bawang basar di cincang halus
1/2 camca teh jintan manis
garam secukup rasa
dan minyak secukup nya untuk mengoring

Cara membuat nya:

1) Rendam kacang dhall selama 4 jam (Auntie redam semalaman )

2) Tos kan kacang sehingga kering

3) Kisar kacang dhall sehingga halus, tidak mengapa kalau terdapat sedikit kacang tidak
berapa hancur

4) Satu kan bahan dalam satu bekas, dan digaul rata

5) Leperkan di atas tapak tangan yang di lapek dengan plastic
yang di sapu dengan minyak untuk mengelakan dari melekat

6) Di susun di atas dulang yang di lapik dengan plastic dan di sapu sedikit minyak

7) Akhir sekali goring dengan api yang sederhana














Quote:
    Soulha-Cairo>> Ada daun kari tak kat sana ???

    Zara>> sedap makan di sebelah petang dengan kopi or teh panas

    zaiton>> Terima kasih kembali ye

    Niza>> memang senang sangat

    Farah>> kalau dah beli kena lah buat nampak nya, nanti dah buat bagi tau auntie ye

    Mamasya>> auntie dah ambil tag, terima kasih ye

    Nur>> boleh, no problem

    srsfeqah>> Kat Malaysia, senang aje, beliii , tempat auntie terpaksa

    Zira>> Auntie pun macam tu, kalau tengok terus teringin nak makan

    Jasmeen>> Auntie belum cuba dengan cili padi harus teman cuba soon

    Mummy Jam>>harus di buat tu dhall dah beli

    Ida>> lapar ye, datang rumah auntie

    Cek De Sam>> bukan rajin, bila nak makan tak de orang jual

    Mamazieza>> ye auntie tahu, tapi auntie tak ingat nama nya

    Masriyah>> nanti auntie datang dengan kasut lip lab , lip lab

    Fazizaid>>

    MamaFami>> ulundhu vadai minta resepi

    Kak Rus>> memang sedap


Friday, 2-May-2008 06:29 Email | Share | | Bookmark
Madeleines

 
 
 
View all 4 photos...
Tak sabar auntie nak buat biscuits ini, bila auntie ke page Mama Sofwat,
memang auntie suka sangat, sejenis biscuits yang ala-ala cake gitu, sedikit
sebanyak merupai bahulu, tapi buat nya senang, tak banyak kerenah, sedap
untuk minuman petang.


Quote:
    Mama Sofwat>> terima kasih kerana berkongsi resepi,
    auntie buat dua banchuan, yang satu resepi dari Mama Sofwat dan yang satu
    resepi auntie yang dah lama di simpan, dua2 pun sedap dan akan auntie paste kan
    kedua2 nya, Terima Kasih sekali lagi.



Bahan nya

4 eggs
185 g caster sugar
few drop vanilla essence
1/2 teaspoon of orange flower water (I used lemon essence)
185 g plain flour
125 g unsalted butter, melted and cooled

To finish: caster sugar for sprinkling

Preheat oven to 200 deg.

1) Put eggs, sugar, vanilla and orange flower water into a bowl,
place over a saucepan of gently simmering water and whisk
until very thick.
2) Remove from heat and continue whisking until mixture is cool
and will hold the trail of the whisk for 5 seconds.

3) Carefully fold in flour, then gently fold in melted butter.

4) Three-quarters fill each Madeleine mould with mixture.
Bake in the oven for 12-15 minutes, until lightly browned
and springy to the touch.

5) Remove from moulds onto a wire rack, with shell pattern uppermost.
Immediately sprinkle with caster sugar.





Belum di masuk oven








Sesudah di masak








MADELEINES :- (Recipe dari Soulha

Bahan :-
2 biji telor
100g tepung gandum
100g Gula Castor
1/2 tsp baking powder
100g butter cair
1/2 tsp essence vanilla atau orange
Sedikit lemon zest (optional)

Cara :-
Pukul telor dengan gula.
Gaulkan tepong dan baking powder yg telah diayak.
Gaulkan juga butter cair, vanilla essence dan lemon zest.
Perap adunan selama beberapa jam, semalaman lagi baik,
dalam fridge. Akak selalunyer bancur adunan pada waktu malam
so pagi dah boleh bakar for breakfast,
Bakar dalam acuan madeleines atau acuan kuih baulu at 180dec C.



Boleh lah di gunakan apa2 acuan, jka tidak mempunyai madeleine tray,
saperti acuan bahulu, atau ada juga yang mengunakan patty tin.









Quote:
    Nur>> Boleh tahan juga, sesuai untuk minuman petang

    Boxhousestudio-Cik Tun>> KL misti ada acuan ni

    MaMa AiNa>> kena try, jangan tak try

    Inaa>> ok nanti dah cuba jangan lupa kasi auntie ye

    Soulha>> satu banchuan sikit sangat, jadi tu lah auntie buat satu lagi
    tamak auntie ni

    Niza, London>> lebih kurang bahulu, betul tu French origin , very simple
    yet nice

    Za>> hi Za lama nya tak dengar, maaf akak pun tersangat sibuk, kalau
    datang call ye

    Mamasya>> Auntie pun bergitu, banyak K.I.V.

    Farah>> Lebih kurang bahulu juga, lepas lah rindu kuih bahulu kita tu

    Roy Lazim>> memang betul tu bau nya membuat kita terus terbangun, nak makan hahaha

    Bonda Raqyn>> tak pe simpan resepi dulu, pelan pelan

    Masriyah>> Auntie suka kuih ini, tu lah yang laju tu

    Niza, London>> Hi Niza, terima kasih kerana selalu melawat auntie, nanti auntie kasi
    gambar okay

    Mama Fami>>

    srsfeqah>> achuan apa2 pun boleh, auntie dah ada tu pakai lah, rasa kalau achuan
    bahulu sesuai sangat, muffin pun ok no problem

    Mummy Jam>>sedap kan, auntie suka sangat

    Jasmeen>> sesuai tu achuan kuih cara mesti cantik

    Zara>> Alhamdullilah auntie sihat, harap Zara pun bergitu ye, dendeng tu memang sedap

    Rfah>> kalau nampak makan memang selalu lapar auntie pun sama

    Rani>> memang rasa pun lebih kurang cake, tapi dah dia kata biskut
    mula dulu auntie pun rasa macam pelik

    Boxhousestudio>> Cik Tun auntie tak pernah tingga di TM, tapi berasal dari Perak
    alah auntie silap lah tu ingat Cik Tun yang kat lobby tu , sorry ye

    Madiha>> Auntie tengah rajin lah tu

    Abah Along>> Salam Abah, nampak macam kuih cara, rasa macam bahulu
    sedap, kalau makan tak leh berenti, tu lah yang tak susah tu


Monday, 28-Apr-2008 10:58 Email | Share | | Bookmark
Ketayap/Kueh Gulung Inti Kelapa

 
 
 
View all 4 photos...
Ketayap bukan lah sejenis kuih yang baru, kuih melayu asli ,
dari masa auntie kecil2 lagi mak dan yong selalu buat ketyap,
lagi2 kalau bulan puasa, tapi masa dulu2, susah nak buat ketayap ni
sebab tak ada sukatan, dan kuali yang melekat, ada orang buat tak
jadi, oleh sebab tak tahu nak sukat tepong, tapi zaman sekarang
semua orang dah pandai buat kuih2, lagi pun dah ada kuali yang tak lekat,
(crepe pan) senang sangat dan dah tentu jadi, so semua orang
boleh buat ketayap Auntie buat ketayap baru2 ini, pada hari itu
auntie terajin sikit, pergi supermarket beli kelapa, lepas tu
parut dan buat inti, adoi......sedap rasa kelapa asli, asyik buat inti dengan
desiccated coconut, mana nak sedap, kering sangat, so ini lah ketayap
yang auntie buat, resepi ketayap auntie ambil dari koleksi resepi Diana,
di mana Diana guna kan kulit ketayap ini sebagai ketayap inti pedas.

Kulit Ketayap

Bahan yang di perlukan

125 g tepung gandum
1 biji telur
garam secukup nya
275-300 ml air
Sedikit perasa pandan (Maaf ye daun pandan tak ada)
minyak untuk melengser kuali leper

Cara membuat nya >>


Satu kan semua bahan di atas, dan kacau sampai sebati,
tapiskan. Panas kan kuali dan lengserkan sedikit minyak
dan drop kan batter dan di lengang kan kuali supaya menjadi nipis.
Kemundian di angkat dan letak kan inti di tengah2, dan di gulung
kemas.


Untuk Inti nya

1 biji kelapa di parut
dan gula merah secukup .


Campurkan gula merah dan kelapa parut
di kacau sampai masak.















Quote:
    Mama Fami>> Best nya Mama Fami nak datang, kalau tak
    dapat cari rumah auntie, pakai aje navigator left right, left right dah sampai


    Nur>>Auntie pun dah lama tak makan kuih ni, sedap juga lah sebab pakai inti
    dari kelapa asli

    Shsha, Leeds>> Itu dah cukup sedap tu, alhamdullilah kiss kiss to Danial

    Niza, London>> tu lah kat kampung memang selalu buat kuih ini
    dia orang kata yang paling senang

    Cek De Sam>> auntie pun suka kuih ni

    Rinzura>> Auntie pun suka kuih ini, inti kelapa dengan gula tu yang buat terasa

    Cik Tun>> inti bergitu, ada orang suka inti putih, kalau kelapa nya di
    parut putih sahaja

    EJ>> Auntie sihat alhamdullilah, datang lah rumah auntie dengan Mama Fami,
    boleh kita beborak sampai pagi

    Dayang>> nanti auntie ke sana , terima kasih

    Zira>> kena buat tu zira

    Lee Lin>> banyak orang panggil kuih dadar tapi
    dia sama aje

    Ija Manik>> cantik manik2 Ija tu, ada kedai ke kat KL

    Masriyah>> Betul kata Mas tu, budak2 kurang suka dengan inti kelapa
    auntie dulu pun macam tu, sekarang dah tua2 ni tak boleh nampak inti kelapa

    Farah>> kalau Farah dah cuba jangan lupa kasi tahu auntie

    Roy Lazim>> sama macam auntie boleh jadi geng

    Soulha>> tebal tu Sue tak berapa cantik tak expert

    Mummy Jam>> dadar suka, dadah ooooo takut saya

    Mamasya>> Terima kasih kerana kasi tips pasal kelapa tu
    nanti auntie cuba, idea yang baik sebab kat sini senang kalau pakai kepala
    kering tu saja

    srsfeqah>>Memang sedap kalau makan panas2 terasa inti kelapa tu
    auntie dah tengok donut emmmmm sedap


Friday, 25-Apr-2008 04:07 Email | Share | | Bookmark
Daging Dendeng

 
 
Dah lah, dah penat terima hadiah minggu ini, lebih baik auntie cerita pasal
masakan pula, masakan yang auntie buat a few days ago, sedap
dan tidak bergitu pedas, menambah selera makan (ha ni yang tak
sedap dengar ni, menambah selera makan) bila nak slim, nanti tak cantik
pula, kena lah jaga sikit, dalam umur bergini, rajin masak, rajin makan
ada orang rajin masak, tak rajin makan, kalau sesiapa ada tips tolong,
please kasi kat auntie . Daging Dendeng, auntie copy recipe dari
siapa lagi Mak Lang Azie.....sedap
dan senang, daging lembut, rasa ketumbar,serai, nak buat lagi, keluarga suka,
itu dia pujian untuk Mak Lang, terima kasih daun keladi Mak Lang,
kerana berbakti dengan recipe, berkongsi dengan auntie di luar negara,
yang banyak ketinggal zaman,masakan lama2 banyak lah main campak2
kadang2 tak jadi Alhamdullilah senang sekarang, buka computer,
recipe bertolak2 keluar, click aje yang mana menjadi idaman kalbu




Nota untuk Mak Lang Azie


Quote:
    Mak Lang >>>>Lepas makan tengah hari, nasi putih dan
    daging dendeng ni, petang terpaksa auntie pun pergi berjogging
















Daging Dendeng
Sumber : Puti Mazura & Mak Lang Azie

Bahan2 Yang Di Perlukan:-


1 kilo daging batang pinang ( marinate kan dengan garam,sedikit kicap, dan
peram selama dua jam)
10 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
15 tangkai cili kering, direbus dan dikisar
4 batang serai, dikisar bersama cili kering
3 camca besar ketumbar, disangrai dan kisar kasar
setengah cawan air asam jawa
4 camca besar kicap manis
1 cawan air (atau lebih)
garam
gula
3 cawan minyak

Cara
Pijarkan dua sudu makan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ketumbar dan goreng sampai wangi.
Masukkan cili pes, goreng hingga terbit minyak.
Masukkan daging yang telah diperap dengan bahan perapan sekali,
balik-balikkan untuk "seal"nya.
Bila sudah "seal" daging, masukkan air,
didihkan dan kemuidan kecilkan api, tutup kuali/periuk.
Bila daging sudah empuk, buka penutup, masukkan air asam jawa
dan kicap dan biarkan renih sehingga air kering.
Masukkan minyak masak yang selebihnya dan besarkan sedikit api.
Goreng sehingga kering dan garing, tambahkan gula dan garam jika masih tawar.


Di hidangan dengan nasi panas


Quote:
    Mama Fami>> Alah kesian Mama, kena cut down red meat ye

    srsfeqah>> Nak try, nak try, nak try, okkk try lah lepas tu jogging

    Kak Rus>> cuba Kak Rus

    Mak Lang>> Terima kasih Puti Mazura dan Mak Lang kerana berkongsi
    resepi yang sungguh lazat ini

    Niza>> Nanti balik suruh mak buat

    Fazizaid>> Hulur piring boleh kita share

    Nur>> Berselera makan daging dendeng ni

    Mamasya>> Banyak orang tahu buat masakan ni

    Zira>> Kena buat lagi tu Zira

    Jasmeen>>

    Rozi>> Terima kasih kerana melawat page auntie, dan salam
    perkenalan, nanti auntie gi blog je, terima kasih kerana menjemput auntie

    Farah>> Lain kali Farah cuba

    Lee Lin>> Yang kat depan TV goyang sikit2 tu orang dah slim, kalau macam
    auntie ni lagi naik lah badan

    Cik Tun>> Ha ha ha sungguh tak munasabah getah apple ada lah

    Masriyah>> cuba lah, gambar tak boleh percaya sangat hahahaha


Thursday, 24-Apr-2008 21:14 Email | Share | | Bookmark
Kejutan di Pagi Hari

Hadiah dari Niza Baron - UK

Pagi2 selepas subuh- membaca apa yang patut, memang seperti biasa
auntie tak keluar bilik sehingga nampak matahari, kerana cuaca sejuk macam
6 deg. apa lagi dengan kepanasan blenket number 2, auntie sungguh selesa
di atas katil, dengan laptop , dengar lagu pula , dengan lagu siapa
emmm siapa lagi kalau tidak Datin Seri Siti Nurhaliza, rindu suara Datin Seri,
yang mendayu2 membawa auntie balik ke tanah air sekejap, lupa yang kita
di negeri orang, segala yang di pandang di empat penjuru bilik ini ada lah orang
melayu, renung gambar mak, anak2 yang sangat di rindui Shaif dan Sharil,
hati kata tak pe, jangan sedih2 mummy, insyaalah panjang umur akan dapat
bersama2 anak, kadang2 memang malas nak melayan perasaan, so jangan
layan, ok check fp kejap, ya.... berita gembira dari Niza, dia kasi hadiah,
bunga tulip, bunga kegemaran auntie, terima kasih daun keladi NIZA, memang
tepat pada masa, tulip dah susah nak dapat kat Tassie, auntumn sekarang ni,
cantik tulip, rasa macam nak capai2, nak masuk kat balang nak letak atas meja
juga tulip yang sungguh cantik dan berwarna warni, juga di sebalik tulip yang sungguh
menawan hati, Niza dan anak nya Little Sofia kat situ, ahhhh rasa nak pegang2 dan
nak cium2, comel sungguh Sofia (Pan- Asian Look lah kata kan) memang geram
Thank you Niza, akan auntie seri kan page auntie dengan tulip itu sekali lagi
terima kasih daun keladi , persahabatan kita akan kekal abadi walau pun
jauh tu.....insyaallah ada rezeki auntie ke London cari Niza bila ye???? insyaallah





"Picture grabbed from Niza Fotopages"







"Picture grabbed fron Niza Fotopages"






Quote:
    Niza>>>Oleh kerana Tulips yand di hadiah kan
    tidak dapat di bawa balik ke Australia, oleh kerana sebab2 technical yang tidak dapat
    di atasi, jadi auntie bawa balik gambar2 Niza dan Sofia and also gambar Sofia. Maaf
    ye, dah ambil baru minta izin.


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net