kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 21-Apr-2008 10:02 Email | Share | | Bookmark
Touch Of Nature

Touch Of Nature








Terima kasih kepada Rinnchan dan juga untuk
Mak Lang kerana sungguh baik hati menghadiahkan
kan auntie sekuntum bunga kantan, yang sangat ku rindui bau nya, untuk di buat nasi kerabu,asam laksa, asam pedas, dan berbagai2 lagi masakan, orang2 melayu terutama orang2 Perak.

Salah satu syarat untuk meneruskan nya maka auntie tujukan kepada
semua kawan2 di fotopages, dan terima kasih kerana selalu melawat ke page auntie.

Juga auntie tag kan kepada 9 orang kawan2 yang tidak pernah jemu melawat auntie
supaya ia nya dapat diteruskan, terima kasih

Quote:
    This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

    Do not delete any of the links and be honest to yourself!

    ************************************************************

    BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,
    McTa ,manje ,nitta,yatt, mat gebu

    next

    The lucky 7 person I am going to tag is
    S_Shamen, Siti Azma, Sweet Bobo, Mak Lang, Kak Pah Sherry, Lizah Zakaria, Dayang....
    (Dan, untuk senarai nama di atas, sudilah kiranya menerima gambar "Touch Of Nature" dari mat gebu untuk blog/fotopages anda..)

    10 person i'm going to tag is
    shima, jasmeen, yullina,soulha,elianas,rani, sabrina,zuhri, kak rinchan,umi-kal...dan sudilah kiranya menerima TOUCH OF NATURE dariku untuk mu wahai sabahat sekelian untuk ditanam atau buat nasi kerabu ke..asam pedas ke....laksa ke...ok peeee

    Ini lah kawan2 yang tak pernah jemu memasak dan berbakti dengan berkongsi recipe2
    dan auntie percaya bunga kantang akan menjadi bunga idaman masakan mereka

    a) Sue

    b) Kak Leen

    c) Masriyah

    d) srsfeqah

    e) Niza

    f) Farah

    g) Mamasya

    h) Nur

    i) Che Tun



Quote:
    Cik Tun >> Ha Ha Kita memang selalu ingat orang Malaysia
    ada kah betul auntie panggil "CIK TUN" atau tersilap, harap maaf kalau salah
    memang bunga kantan Mat Gebu berjalan jauh ke merata dunia (Mat gebu, Mat Gebu,
    sungguh pandai anda ini ) nampak nya auntie kecewa sebab bunga kantan tak dapat di
    cari beneh di sini, oleh kerana tidak dapat di bawa masuk kalau dapat dah tentu ada di
    kebun auntie kat belakang rumah itu ..jumpa lagi Cik Tun

    Niza>>Thank you Niza, kerana sudi menerima


    Mamasya>> Thanks, nak pudding bawa lah, saja masak lebih

    Kak Leen>> Terima kasih, insyaallah kita akan bersahabat hingga ke akhir hayat

    Farah>> Thank you, lepas ni makan bunga kantan yang fresh, tak payah
    yang frozen lagi

    Eija>> Terima kasih keranan melawat auntie, pintu auntie terbuka buat
    kawan2 di fp

    srsfeqah>> Thanks, kerana bawa balik 1st class lagi, bukan kantan sebarang kantan
    tu

    Soulha, Cairo>> Dear Sue, Thank you very very much, kerana sudi bawa balik
    sorok sikit nanti pak arab ambil tanam kat kebun mereka

    Cik La sayang>> rindu hati ku tidak terkira, insyaallah, kita kan berjumpa, Sha
    sangat busy, auntie pun cakap boleh di kira perkataan nya masak tetap masak auntie ni
    tapi nanti kalau balik kita makan kat kedai


    Nur>> Terima kasih, boleh buat laksa untuk suami Nur kalau masak
    jangan lupa auntie ye

    Cik Tun>> nanti fp sihat bawa balik ye, malas nak ambil balik
    nanti buruk siku

    Mama Kimi>> Tag tetap melanda tak kira di mana

    Mummy Irdina & Arissa>> munge kantan dah sampai ke sini, jiran2
    suka dengan bau nya


Saturday, 19-Apr-2008 05:31 Email | Share | | Bookmark
Sticky Date Pudding

 
 
 
MasriyahHari ini boleh di kata kan auntie rajin memasak, di sebelah pagi, selepas subuh
selalu nya auntie suka membaca, maklumlah cuaca dan mula sejuk, auntie lebih
suka di dalam bilik dengan heater dan tunggu sampai matahari keluar dalam pukul
7,00am, entah kenapa perut pagi ini telalu lapar, dan semangat untuk memasak,
berkobar2 (agak nya pasal lapar) terus kedapur, buka fridge dan tengok apa
yang ada di dalam nya, emmm cucur ikan bilis pun jadi lah sarapan, lepas selesai
makan pagi sementara auntie ke garden, bersih2 apa yang patut, lepas tu auntie
naik ke atas ambil laptop tengok2 apa yang patut, membaca lebih kurang, masuk balik
ke dapur dan mula masak untuk lunch, simple aje hari ini, goring sotong dengan petai
(frozen) dan labu masak lemak, dan untuk dessert auntie buak sticky date pudding,
selalu nya pudding ini di buat semasa winter, tapi tak kira lah rasa nak makan,
buat aje.

Bahan2 yang di perlukan:

275g dried pitted dates
450 ml water
1 tsp bicarbonate soda
100g butter, room temperature
275g caster sugar
3 large eggs
275g self raising flour
1 tsp vanilla essence

Pre- heat oven 180c.

Place dates and water into a small saucepan and allow to come to the boil.
Turn the gas off and mix in the bicarb soda and allow to cool.

Cream the butter and sugar until pale.
Add eggs one at a time, beating well after each addition.
Add sifted flour, add the cooled date mixture, vanilla essence and fold in with a large spoon.

Pour the mixture into a large rectangular ceramic baking dish (approx 30cm x 25cm x 5 1/2 cm)
and bake for 30 minutes.


Tapi kali ini auntie hanya gunakan custard sauce.

(A)

1 1/2 cups milk
2 egg yolks
2 tlb spoons sugar
1/2 tespoon vanilla
1 tlb custard powder


Bring milk to boil sauce pan.

Meanwhile, whisk egg yolks with sugar in bowl.
And mix custard powder with a little cold milk.

Gradually whisk in hot milk.

Return to sauce pan and cook over medium heat, stirring
constantly, just until mixture coats back of spoon about 8 to 10 minute.

(B)

Sauce (Selalu nya auntie hanya buat separuh}

160g brown sugar
250 ml single cream
200 g butter

Put sugar, cream, butter in a saucepan over meduim heat.
Stir until well combined and smooth.
Bring to the boil and remove from the heat, cool slightly

Cut the pudding into squares, pour the sauce over it and serve with vanilla ice cream if you like.



Recipe asal dari lifestyle food














Quote:
    Sabrina>> Kepada orang yang gemar kurma dah mesti suka

    Cek De Sam>> cuba lah senang aje

    Rinn Chan>> manis sikit, dan creamy kalau makan dengan sauce, auntie suka makan
    gitu aje

    Mama Aina>> memang gitu kalau orang buat nampak sedap kan

    Jasmeen>> Mengodakah

    Masriyah>>

    Farah,Shrewsbury>>Hi Farah apa kabar, cuba lah pudding tu sedap, kalau
    tak kat kedai pun banyak

    Mak Lang>> kalau banyak buah kurma, yang bulan puasa tu boleh lah buat
    pudding ni, dan terima kasih kerana hadiahkan bunga kantan tu, bolehhhh buat laksa

    Kak Rus>> terima kasih Kak Rus

    Shasha Leeds>> Kena rajin nak makan

    Soulha,Cairo>> emmmm biasa cuba ye, senang aje buat dia kan


Tuesday, 15-Apr-2008 09:46 Email | Share | | Bookmark
Cake Pisang

 
 
Baru2 ini auntie buat kek pisang, my entry yang dulu2 dah ada ,
tapi kali ini resepi asal dari Umi e, auntie rasa sedap sangat, ini lah auntie nak
berkongsi dengan kawan2, kerana selalu nya kebanyakan kawan2 kita mesti
ada resepi masing2, bagi auntie suka mencuba berbagai2, dan hasil yang ini sangat
memuaskan Umi-e dan resepi nya :-

Cara nya:-


4 biji pisang
3 biji telor
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepong jagong
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 sudu teh b/soda
secubit garam

1) Pukul telor dan gula hingga kembang. Masukan pisang yang telah
di hancurkan dan gaul. Masukan tepong dan gaul lagi, akhir
nya masukan minyak dan kaub balik sampai sebati.

2) Masukan ke dalam tin pembakar yang telah di lapik kan dengan
kertas cake.

3) Bakar lebeh kurang 40 to 45 minute atau sehingga masak.













Quote:
    Mummy Jam-----Terima Kasih kerana memberi tahu akan kesilapan
    resipi auntie ye, auntie tak perasaan, insyaallah dah betulkan , and kawan2 kat fp
    minta maaf ye







Quote:
    Lee Lin>> Betul tu kita tukar nama dia

    Roy Lazim>> dua potong pun boleh

    Farah>> alah tak cantik lah, saja suka2, kalau Farah buat anak2 mesti suka

    Masriyah>> tak cantik lah, saja suka2, kalau dah expert nanti, masa tu baru sayang
    nak makan, macam sifu2 kat fp

    Jie-Jie>> elok juga naik kek ni,, cuba lah

    Mamasya>> nanti auntie potong, boleh minum kopi dan makan kek
    bersama petang ni

    Rani>> Alah bukan auntie deco apa pun, sapu buttercream aje

    Umieaisyah>> a'ah pakai tepung jagung tu lah yang berlainan sikit
    cuba lah sedap

    Penyulawa>> senang sangat tak banyak kerenah

    Zara>> Cuba lah Zara senang aje

    Mummy Jam>> Pakai gula, tersilap tu , maaf ye

    Fazi>> ye ke sibuk agak nya Dazi kat sana tu

    Boxhousestudio>> pakai tepung jagung dan tepung naik sendiri, auntie silap
    tu, tapi sekarang dah ok, alah icing tu biasa aje, suka2, pakai butter,icing sugar

    Zab>> Not to bad cake ini, auntie suka

    Ida>> Kesian Ida tak sihat ye, musim agak nya kalau panas tu panas sangat
    lepas tu dah hujan pula, tu lah sebab nya

    Nur>> Sama-sama Nur, auntie pun ambil dari blog orang, bukan sendiri punya
    sama sama lah kita mencuba, insyaallah dapat berkat

    Abah Along>> Tu lah Abah, auntie pun perasan, semua orang dah buat
    perniagaan, alhamdullilah, bertambah2 lah rezeki kawan2 kat fp dan blog2 yang lain tu
    tentang auntie kat sini orang putih, suka makan free hahahahah jadi tak payah
    lah nak susah, makan sendiri aje lah dan jemput kawan2 bersedekah lagi baik
    kalau auntie buka kedai abah dan Dr Zeze mesti datang auntie jemput, VVIP gitu
    emmm Dr Zeze ada masa ke masak kek tu ada kah ini fp punya angkara ????

    Rinzura>> Maaf auntie tak cakap pisang apa kan, sebenar nya kat sini hanya satu
    bangsa pisang, yang macam pisang bunga kalau kat Malaysia, jadi auntie rasa pisang
    apa2 aje, maybe pisang mas sedap kut kan

    Mama Kimi>> Salam, terima kasih kerana singgah ke page auntie, senang aje buat kek tu
    bahan2 pun tak banyak dan senang di dapati

    Kak Leen>> Hiasan yang sungguh kelakar dari auntie


Sunday, 13-Apr-2008 06:57 Email | Share | | Bookmark
Roti Naik

 
 
 
Bila auntie ke page2 kawan fp, memang suka tengok roti2 yang sungguh
menjadi dan naik, macam tak payah pergi ke kedai beli roti, suami auntie
memang tak suka makan roti yang beli kat kedai, di selalu membuat roti sendiri,
dengan mengunakan bread maker, senang aje masuk kan tepung, susu, yeast,minyak,
dan air, masuk dalam mechine dah jadi, boleh di katakan di rumah ni 3 hari sekali
misti buat roti, auntie tidak pula kadang2 ingat roti kat kedai, pergi beli, "pelik pula "
Kawan2 di fp semua tahu roti Mama Fami
cantik dan gabussss,dia teror bila buat roti, di sini auntie ingin mencoba, walau pun
orang lain dah lama mencoba, auntie baru ini, hasil nya memuas kan hati,
ini lah rupa nya roti naik dan serikaya.














Recipe


ROTI NAIK
Sumber : Majalah Saji Jun 2007

Bahan-bahan :

700g tepung tinggi protein
50g lelemak sayuran
200g air
200g susu cair (Mama gunakan susu segar saja) (Auntie pun guna susu segar)
100g gula kastor
1 sudu kecil garam
1 peket kecil yis kering
2 butir telur
sedikit majerin

Kaedah penyediaan :

1. Gaulkan semua bahan di atas. Uli hingga sebati bersama sedikit majerin.
2. Biarkan doh selama 30 minit untuk ia naik sekali ganda.
3. Uli sekali lagi dan bahagikan doh kepada ketulan kecil. Letakkan di dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit majerin.
4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160 C selama 20 hingga 30 minit. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan sapukan sedikit majerin di atasnya.


Mamafami auntie copy and paste recipe ye ???
Dah paste baru nak minta izin


Bagi resepi serikaya boleh lah ke entry auntie yang lalu.


click

Quote:
    Rinzura>> Kalau Rin cuba misti jadi, itu kata semangat tu

    Nur>> untuk minuman petang memang sesuai, auntie sarapan dah makan

    Nik Shasha>> Kat Tassie auntumn sekarang, sejuk dah masa summer
    hari tu cuaca tak menentu kadang2 panas sangat dan at time sejuk pulak,
    dan Hobart snow lak tu pulak tu , happy dengar cerita Danial

    Mama Fami>> Thanks for sharing Mama

    Sue Cairo>> auntie terpaksa buat, kerana susah nak cari kat sini serikaya tu

    Farah>> Mesti naik roti tu Farah, kalau dah cuba jangan lupa kasi tahu ye

    Zara>> tak jadi roti ye, macam mana derhaka pada resepi tu ??

    Lee Lin>> Memang betul kata Lee Lin tu roti masa panas sedap kan

    Kak Leen>> Kesian nya tak sihat ye, auntie dia kan Leen cepat sembuh

    Masriyah>> dia terpaksa naik, sebab nama dia agak nya

    Jie-Jie>> Auntie pun suka di cicah dengan curry

    Mamasya>> Kalau menjadi memang puas hati, tapi kalau tak jadi serik
    tak nak buat lagi

    Echa>>Insyaallah, terima kasih anakanda,nanti bonda kasi tahu ye

    Kelly>> adoi uli 2kg tepong, buat roti ye, mesti cantik dan naik roti
    tu, ada gambar tak, teringin juga auntie nak tengok (tentang nama tu ?? ) apa ye

    Ida>> boleh tahan juga gebu nya, tapi kena buat lagi tu, maybe boleh
    di cantik kan lagi macam Mama Fami buat


Thursday, 10-Apr-2008 07:32 Email | Share | | Bookmark
Bengkang Susu

 
 
 
View all 4 photos...
Kuih2 tradisional memang menjadi kegemaran auntie, dari dulu lagi
auntie suka mencuba, tapi selalu nya tak berapa menjadi, sampai kena
call kakak auntie di Malaysia dan di sini untuk mendapat bantuan-
bantuan, , sejak akhir2 ini setelah banyak resepi2 yang kita dapat
di alam cyber, saperti fp dan banyak lagi, hingga tak tertulis, terlalu banyak
"Terima Kasih banyak kepada semua yang tidak pernah lokek dengan ilmu
berkongsi dengan orang yang macam auntie ni, yang selalu buat tak menjadi,
senang sikit lah kalau nak makan kuih2, hanya cari bahan sahaja, kalau bahan
dah cukup, yesss boleh cuba, alhamdullilah setelah di ikut dengan step by step
recipe dari fp Kak Rus, maka jadi lah bengkang susu... memang sedap tak
rugi mencuba,

Terima Kasih Kak Rus dan kawan Kak Rus Puan Zoaini Harun





Senang aje masukan ke semua dalam food processor





Jangan pandang2 sangat terhitam sikit




Setelah sejuk di potong dan di hidangkan.



Recipe:-


2 cawan tepung gandum
3 biji telur ayam grade A
7 cawan susu segar
2 cawan gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan minyak sapi untuk dipanaskan pada loyang.
2 helai daun pandan di ikat

Cara membuat:-

1. Panaskan ketuhar, dan ayak kan tepung
2. Adunkan tepung bersama 4 cawan susu, gula dan telur. (guna blender)
3. Tuang adunan ini ke dlm periuk dan tambah lagi 3 cawan susu selebihnya
masukan garam,daun pandan yg diikat dan vanilla.
4. Kacau atas api sebentar untuk panaskan adunan sampai nampak naik wap.
5. Sediakan loyang yg dipanaskan dengan meletakkan minyak sapi.
6. Tuang adunan ,keluarkan daun pandan dan bakar selama 1 1/2, atau sampai masak.
7. Sejukan dahulu baru di potong.


Quote:
    Masriyah>> Laju sikit yang ini sebab memang suka makan
    bengkang

    Madiha>> Bukan auntie sorang yang tanam semua tu, suami pun sama
    kita ni banyak mengarah itu dan ini, tapi kalau asian vegs memang auntie incharge
    dia tak pandai sangat

    Jasmeen>>Salam Jasmeen, terima kasih kerana singgah ke fp yang tak
    lah sehebat mana, insyaallah akan auntie cuba perbaiki dari masa kesemasa,
    tak lah banyak masakan sangat, sekadar makan sendiri dan keluarga

    Mak Lang>> Ye ke Mak Lang tak de peminat bengkang kat rumah, kalau gitu
    Mak Lang datang rumah auntie lah boleh makan bersama

    Niza et Sofia>> Auntie kat sini baik, harap bergitu juga dengan Niza n family kat sana

    Azue>> Terima kasih Azue, kerana melawat, auntie pun dah ke page Azue

    Mama Fami>>

    Aummchak>> Boleh tahan bengkang ni

    Farah,UK>> Cuba lah Farah, senang aje bila buat kuih macam ni teringat macam kat kampung

    Ida>> Auntie pun sama banyak dalam peti ajaib tu

    Lee Lin>> Betul kata Lee Lin tu, itu lah tak jadi kuih asli

    Nadia>> Thank you Nadia, cantik handbag

    Soulha, Cairo>> K.I.V.

    Kak Leen>> Senang dan bahan nya tak banyak

    Alexs Azlan>> Auntie pun sama kalau tengok emmm dah tentu teringin

    Mamasya>> Ha Ha Ha tak hitam ke


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net