kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Mar-2008 07:46 Email | Share | | Bookmark
Bingka Ubi

 
 
 
MBaru2 ini auntie ada buat bingka ubi, ubi parut ini datang dari jauh dari WA
dah lama dah dapat ubi ini dalam freezer, ingat nak buat tapi tak buat2, baru
aja sampai masa, cari punya cari resepi bingka, akhir nya auntie tersangkut
dengan satu resepi dari blog Lily Wai Sek Hong memang
tak menyesal auntie buat bingka ini, rasa nya sedap, dan senang di buat,
step by step auntie ikut recipe nya, dan hasil nya alhamdullilah,


Ingredients:


1 Ib ubi kayu yang telah di parut (casava) auntie guna yang frozen
1 cawan gula
1 cawan santan dan 1 sudu makan untuk glazing
4 oz mentega
2 biji telor ayam grade A
1/4 sudu teh garam


Cara membuat nya:

Sedia kan 6 x 6 acuan di telah disapu minyak supaya tidak lekat.
Panas kan oven 375 F atau 170 deg
Campurkan semua bahan di dalam mangkok.
Masukan ke dalam microwave on high selama 1 minute
Kacau dan panas kan lagi sehingga bahan menjadi pekat.
Masukan kedalam tin pembakar tadi dan bakar selama
30 minit atau sampai masak. Glaze di atas bingka tadi dengan
1 sudu makan santan pekat dan guna api atas sampai keemasan.
Sejukan sebelum di potong.













Quote:
    srsfeqah>> nampak bergitu lah cara nya, kalau betul ada resepi
    cam gini senang sikit nak ikut, auntie pun dulu ada buat tak jadi , kerana memang
    kesukaan auntie kueh2 asli

    Masriyah>> cari jangan tak cari Mas, rindu nak makan ubi kayu

    Lee Lin>> macam mana tu

    Mummy Jam>> simple sangat tak banyak bahan yang di gunakan

    Yang Mazni>> Betul tu auntie pun setuju, Malaysia tanah air ku

    boxhousestudio>> Masuk M/wave 1 min on high kacau, masuk balik dan
    seterus nya sampai dia pekat baru masuk oven, tentang nampak bercream tu sebab
    gula merah kat sini, warna nya tak berapa menarik

    Mama Fami>> auntie tak parut pun, beli yang frozen dan dah siap di parut

    Zara>> betul tu kalau anak2 tak suka, tak guna nak masak, nanti membazir
    pulak, sebab kalau masak sendiri banyak dapat, auntie pun makan dengan kawan2

    Roy Lazim>> Auntie juga bergitu lama juga lah bertangguh, baru ini dapat buat

    Kak Leen>> salam Leen, cantik rumah bau, baru kejap ni auntie pergi, tapi
    Leen tak ada kat rumah, tengok masak pindang, sedap, salam rindu dari auntie

    Mamasya>> Auntie pun dah lama tak makan, ubi kayu, kerana susah
    nak dapat, tapi sekarang ni auntie nampak dah banyak di jual di kedai2 asian, yang
    frozen, rasa macam ok aje,dulu auntie tak tahu, baru sekarang perasan.

    Ida >> Tu lah resepi ini dia masukan telor rasa ok oje


Saturday, 15-Mar-2008 09:51 Email | Share | | Bookmark
Sambal Belacan Siam

 
 
Auntie memang suka apa saja masakan siam, tom yam ke, kerabu ke, apa2 aje lah
termasuk segala jenis sambal, bila auntie melawat ke dapur Rinnchan, auntie juga
tidak ketinggalan membawa balik resepi sambal siam Rinn, di rumah auntie
sambal misti ada, macam ketinggalan sesuatu kalau tidak ada sambal,
dan untuk hari ini auntie buat sambal siam, emmm bertambah2 lagi makan
nasi hari ini, terima kasih Rinnchan
sedap sambal tu, agak nya kalau ulam dengan pucuk gajus lagi sedap kut









Ini sambal siam yang auntie yang berulam kan basil





Quote:
    Soulha,Cairo>> insyaallah, harap bergitu lah, jangan lah bayang
    kan backyard auntie dengan Jamie Oliver, macam langit dengan bumi



    Rinchan>> auntie cuba juga tanam macam water crest, selom, adalah
    sikit2 macam tu, yang lain tak boleh bawa masuk benih kat sini, kalau tidak banyak lah
    lah ulam yang auntie tanam kan, sebab auntie ada hot house

    Lee Lin>> Memang siam barat habis

    Mamasya>> Kalau pasal sambal cepat sikit sampai

    Rozy>> auntie kat Launceston, tak jauh dari Hobart, Rozy nak
    datang haliday ke Melbourne ke

    Mummy Jam>> a'ah gitu lah nampak nya, berjumpa akhir nya

    Misliha>> macam2 mana sambal belacan

    Roy Lazim>> sedap ulam tu, makan dengan laksa

    Mak Lang>> auntie sama dengan Mak Lang perut ni tiba2 rasa lapar lah
    bukan saja tengok sambal belacan tengok fp Mak Lang

    Nur>> cuba lah Nur, memang power, selera, pucuk kemangi kata orang Perak

    Ida Isk>> Minta maaf Mak, saya tak nampak

    Madiha>> a'ah rugi kan kalau tak cuba sambal

    Masriyah>> sedap kalau buat ulam

    Abah Along>> memang sedap masakan Siam, kalau kat Malaysia
    banyak kan kedai makan Siam, kalau kat sana auntie suka pergi makan yang
    kat Sungei Buloh, emmmm sedap masakan dia , best office Abah kat kedai makan
    lapar aje masuk kedai

    Mamazieza>> auntie pun asal nama sambal belacan semua suke

    Mama Fami>> memang ye meletop sampai merah telinga

    Zara>> Daun selasih agak nya satu keluarga dengan daun basil ni
    a'ah ada bawang putih dan bawang merah

    srsfeqah>> sambal belacan dengan sambal siam lebih kurang aje, cuma yang ni
    masuk bawang, agi terangkat tu sambal belacan dengan ikan masin

    Jie-Jie>> betul kata Jie-Jie, shati sejiwa kita ni

    Rozy>>

    boxhouse>> Alah macam ni lagi best terus ke Hatyaai, tentu yang original lagi
    sedap kita kat sini copy aje , jalan lupa kita kalau makan tu

    Kak Ija>> mak auntie pun sama, memang dia suka makan ulam,
    itu lah anak dia ni terbawa2, lagi pun kat sini memang senang tanam apa pun
    menjadi, tapi sayang nya tak dapat nak tanam kadok dan berbagai ulam2 dari Malaysia
    kerana biji benih tidak dapat di bawa masuk sebab di larang oleh kerajaan


Tuesday, 11-Mar-2008 11:50 Email | Share | | Bookmark
Cheese Butter Cake

 
 
 
>>Bila auntie melayari page Rinn Chan, hati tertarik dengan Cheese Butter Cake,
memang auntie suka butter cake, cheese cake, apa saja cake, ada orang suka
masak tapi tak suka makan, berlainan dengan auntie suka masak dan suka makan
teruk nya, yang elok nya tak suka makan, baru lah jaga badan ,sikit, emmm nampak nya
kena buat sedikit exercise, makan sedikit, rasa, rasa gitu, insyaallah tak mengapa
kut , kawan ini dia butter cheese cake yang auntie buat, sedap bukan kerana
auntie masak tapi sedap kerana resepi nya yang baik dari Rinn Chan, terima kasih
daun keladi Rinn


Cheese Butter Cake (Link)

Bahan-bahan :
170 gm mentega
125 gm cream cheese
250 gm gula castor
5 biji telur, asingkan putih dan kuningnya
210 gm tepung gandum
1 1/2 camca teh baking powder, diayak bersama tepung
2 camca teh esen vanilla
1/8 camca teh cream of tartar

Cara-cara :


1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan ringan.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji.Putar sampai sebati.
4. Masukkan tepung dan esen vanilla dan pelahan kan putaran.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kental dan masukkan cream of tartar.
6. Apabila sudah kental, masukkan 1/3 bahagian ke dalam adunan tepung tadi.
7. Kaup balikkan. Ulangi hingga habis.
7. Ratakan adunan ke dalam loyang beralas kertas dan dilengser sedikit majerin.
8. Bakar pada suhu 170 deg , selama lebih kurang 1 jam atau sampai masak.
9. Keluarkan, biar atas redai dalam 10 min sebelum dikeluarkan dari loyang.


















Quote:
    Zab>> senang aje Zab cuba lah

    Mamasya>> auntie suka juga baking, tu lah selalu buat

    Sabrina>> auntie suka cake ini, rasa butter dan cheese

    srsfeqah>> muda lagi Feqah dah rajin masak

    Rin>> Salam, nanti datang rumah auntie makan ok

    Ida>> boleh tahan Ida cake ni , auntie suka

    Nur>> nampak nya kita ni sama lah Nur

    Bonda Raqyn>> Terima kasih kerana PM kat auntie

    Masriyah>> Banyak pun boleh

    Kak ija>> salam perkenalan dari auntie, terima kasih kerana
    sudi singgah, auntie suka kalau cerita pasal makan, kadang2 mim alif lam sim juga

    Cik De Sam>>auntie tunggu entry Cik De

    Roy Lazim>> Auntie pun minat butter cake

    Zira>> boleh tahan juga cake ini

    Soulha, Cairo>> cheese juga kegemaran auntie


Thursday, 6-Mar-2008 11:27 Email | Share | | Bookmark
Boston Banoffee Pie

 
 
 
Bila auntie membaca email yang di terima dari RNet, dan bila terbaca recipe
dari Puan Jeni Boston Banoffee Pie, terus hati ini berkata, misti cuba, lagi pun
pisang yang ada itu misti diguna secepat mungkin, nanti lebam pula dia, malam
semalam angin rajin, terus ajak Shasha buat Pie ini, oleh kerana auntie cuba
pun dah agak lewat, jadi hari ini baru auntie rasa, emmmm memang sedap,
manissss, betul kata Puan Jeni, rasa macam toffee, harum tak rugi buat, di bawah
auntie paste kan recipe yang auntie copy dari Blog Puan Jeni
terima kasih kerana berkongsi recipe.






Boston Banoffee Pie

Bahan-bahan

Filling
115 gm butter, didadu
200 gm susu pekat
115 gm soft brown sugar
2 tbsp golden (light corn) syrup
Pisang slice secukup rasa
Perahan jus lemon

Hiasan
Whipped Cream
Grated chocolate

Pastri
150 gm / 1 1/4 cawan tepung serbaguna
115 gm butter, didadu
50 gm / 1/4 gula castor

Cara Membuat pastri

Panaskan oven kepada suhu 160C.
Kisar campuran tepung dan butter dengan menggunakan food processor sehingga menjadi serbuk kasar. Kalau tiada gunakan tangan sahaja atau garpu, tekan/gentel butter dgn tepung.
Campurkan gula dan uli sehingga menjadi doh. Dohnya lembut dan sedikit rapuh.
Tekan dengan tangan doh tersebut ke dalam loyang quiche yang basenya boleh tanggal tu.
Bakar selama 30 minit.
Cara Membuat filling

Masukkan butter, susu pekat, brown sugar dan syrup ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga menteganya dan gulanya cair.
Kemudian besarkan sikit api supaya campuran ini boleh menggelegak (gelegak sikit je ye). Kacau campuran selalu. Masak ia sehingga campuran ini pekat dan bewarna perang muda seperti warna caramel.
Tuangkan filling ke dalam pastri yang telah masak tadi dan biarkan ia sejuk.

Setelah sejuk, susunkan pisang slice di atas filling tadi. (fillingnya memang tak akan keras, ia mcm filling blueberry tart tu jugak. Tapi kalau simpan dalam peti sejuk memang boleh jadi agak liat.) Tinggalkan gap kosong di tengah2.

Sprinklekan jus lemon atas banana slice. (Saya skip part ni.)

Pipekan whipped cream di tengah2 pie yang dibiarkan kosong tadi.

Taburkan grated chocolate atas whipped cream.



Auntie tak letak whipped cream, kerana tak ada stock







Quote:
    Masriyah>>Boleh, bila2 masa saja


    Nik Shasha>> Terdengar2 suara Danial cakap macam tu, ish geram nya
    comel kan

    Mamasya>> yummmm, kalau orang suka manis

    srsfeqah>> tu lah banyak sangak chocolate sampai tak nampak pisang

    nn>> Terima Kasih kerana sudi melawat

    Rinzura>> cuba lah, senang aje

    Soulha>> auntie pun macam selalu simpan resepi, tapi kering2 juga idea nak masak

    Nur>> sama aje dengan page Nur, leka auntie di buat nya

    Noor>> boleh tahan lah Pie ini

    Bonda Raqyn>> bonda tak suka ye


    Wa>> try lah Wa, memang best

    Roy Lazim Ye ke budak suka kut manis

    zmy-Zaiton>> ye ke senang aje, Zaiton cuba lah, nanti kasi tahu auntie
    terima kasih kasi auntie link yang baru, dah ok dah

    Fazi>> Ye ke Fazi, terima kasih

    Jie-Jie>> senang aje, try lah

    Lee Lin>> memang manis, sekali2 boleh, selalu jangan

    Mak Lang>> sama lah dengan auntie tengok resepi semua pun suka
    macam nak buat, tapi tak buat2

    Ida>> auntie pun bergitu entah banyak mana simpan resepi
    buat aje yang belum

    Jeni>> Salam Jeni, memang sedap Pie ni, terima kasih kerana berkongsi
    resepi, biasa saja tinggal di sini, auntie pun berharap satu hari dapat sampai ke Riyardh


Wednesday, 27-Feb-2008 11:26 Email | Share | | Bookmark
Onion Rings

 
 
 
Bila dah malas auntie minta suami buat onion rings. Simple aje,
sesiapa pun tahu buat onion rings, saja auntie buat entry

1) Peel and slice onions.
2) Make a thin batter of self raising flour, one egg and water,
3) Put onion rings on a plate and microwave for 1 minute on high.
4) Allow to cool, then coat with self rasing flour then the batter,
5) Deep fry rings until batter is golden brown then drain on kitchen towel.
6) Sprinkle with salt while still hot and enjoy.









Bahan2

1) Bawang besar (secukup nya)
2) Tepung (secukup untuk di buat adunan)
3) 1 biji telur
4) Air
5) Garam secukup nya


1) Bawang di potong bulat
2) Tepung, telur, di bancuh dengan air supaya menjadi adunan yang nipis.
3) Bawang yang telah di potong, masukan kedalam
microwave dengan mengunakan suhu yang tinggi selama 1 min
4) Keluar dan sejukan.
5) Apabila bawang telah sejuk lumurkan bawang dengan tepung
kemundian di celup dengan adunan tepung yang nipis.
6) Goringkan sehingga warna bertukar keemasan,
angkat dan taburkan sedikit garam. Dan sedia untuk di makan.







Auntie gunakan bawang, yang di tanam di belakang rumah


Quote:
    Mummy Jam>> senang aje nak tanam sendiri, tapi bila
    habis beli juga bawang murah kat sini

    Mama Fami>>dia masak cara dia lah, agak nya boring juga masakan
    auntie yang selalu nya hot and spicey tu

    Kak Rus>> boleh lah tahan, kalau panas2 tu sedap

    Mamasya>> auntie pun ade tanam daun bawang juga, senang kalau nak makan

    Kak Leen>> terima kasih Kak Leen

    Manje>> Salam Manje, terima kasih kerana melawat page auntie

    Nur>> Kalau lah dekat, dah tentu kita makan bersama, atau auntie
    hantar kat rumah Nur

    Masriyah>> memang sedap di cicah dengan sauce, lagi pakai
    Thai cili sauce yang pedas tu

    Wa>> memang best dapat makan hasil tanaman sendiri, senang aje Wa. tanam bawang

    Sab>> cuba Sab senang sanga buat dia kejap aje dah sedia

    Daalia>> betul tu, ringan sikit

    Madiha>> emmmm susah soalan tu, kalau tak masuk aje kedalam oven sekejap

    Tie>> kalau dekat apa salah nya, kalau jauh sementara nak sampai dia dah rosak

    Zira>> best juga lah rasa tu, tapi sesiapa boleh cuba tanam, kalau tak jadi
    bawang dapat makan daun bawang

    Soulha>> memang simple

    Zara>> keluarga Zara suka ye, auntie pun bergitu

    Noor>> ye ke Noor, kali ini boleh cuba lagi

    Abah Along>> Tak lah pandai Abah, masak kerana nak makan, dan untuk makan sendiri aje
    auntie selalu juga buat cucur bawang sedap, campur ikan bilis or udang

    Lee Lin>> Auntie pun kalau malas makan kat A&W aje

    mOqh>> tu lah semua gambar makanan

    Apple>> buat sendiri puas makan, lagi pun senang aje

    Jie-Jie>> Auntie memang suka bertanam, lagi2 di sini apa yang di tanam semua
    menjadi,alhamdullilah cuaca pun sesuai, dan tanah subur agak nya, Jie-Jie buat onion rings ye
    senang kan buat dia


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net