kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Friday, 22-Feb-2008 10:08 Email | Share | | Bookmark
Kuih Pau

 
 
Berberapa hari sudah auntie buat kuih pau, tapi auntie tak gunakan
tepung pau kerana tidak dapat di cari di sini, auntie guna tepung
gandum, nasib baik dapat resepi dari Kueh Mueh Hanieliza, memang sedap,
seperti kita semua tahu anything dari Kak Liza, misti jadi, so tanpa berfikir
panjang dan buang masa, terus auntie ke dapur, kalau tunggu nanti jadi malas,
ini lah hasil nya kuih pau


Bahan2 nya

500 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yeast
2 sudu besar shorterning
250 gm air suam


1) Gaul rata semua bahan kecuali air.
2) Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3) Uli sehingga licin (sampai tak lekat di tangan)
4) Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik sampai 2 x ganda.
5) Tumbukkan adunan, dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6) Bulatkan dan masukkan inti mengikut ( auntie gunakan inti kaya, dan kari kentang)
7) Lapikkan adunan di-atas kertas yang di gunting bulat.
Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9) Panaskan kukusan. Masukan adunan dan masakan selama 10 min.

Bila sudah masak buka kan tutup kukusan perlahan2 supaya air tidak
menitis ke atau kuih.


















Quote:
    Nur>> nanti post kan tungguuuuu

    MasriyahKalau cuaca terlalu sejuk kuih pun tak menjadi, kerana dia
    tak cukup naik, lagi kuih pau atau roti yang tak pakai bread maker, bergitu lah
    keadaan di sini kalau winter, jadi auntie letak dekat heater atau lampu yang panas
    baru dia naik

    MamaellaAuntie belum cuba buat pau inti sambal, misti sedap kan,
    kalau dekat apa salah nya leh makan sama2

    Kak Leen>> emm dah tentu Kak Leen tak perasan auntie, maklum lah
    kita tak pernah jumpa

    Nik Shasha>> Kalau ikut resepi Kak Liza macam ok, tapi auntie
    rasa kalau di tukarkan kepada tepung pau lagi bertambah eluk lah kut, kerana
    auntie belum cuba lagi, tapi resepi yang ini insyaallah

    Ida>> Betul tu Ida, fp Ida pun apa kurang ini, menjadi panduan auntie
    untuk masakan seharian, bergitu juga dengan kawan2 yang lain terima kasih semua nya

    Mak Lang>> boleh tahan lah pau tu, walau pun tepung pau tidak dapat di cari,
    kena terima kasih kat Kak Liza, kerana resepi dia, kesian Mak Lang kena tinggal, tak dapat
    gi jogging, esuk bagun awal tau

    Mamasya>> auntie tak uli lama pun, kejap aje lepas tu rest kan dia, nice,
    terima kasih kerana resepi buat jeruk buah nanti auntie cari kat fp Madiha

    Lee Lin>> Betul kata Lee Lin tu, kalau inti sikit tak sedap

    Julia>> kenapa ye, jadi kuning, auntie tak pasti lah, yang auntie buat tu ok pulak

    Srsfeqah>> Lagi banyak inti lagi best

    Roy Lazim>> sila kan, senang aje

    Madiha>> tu lah kepada orang yang dah biasa tu tak ada sukatan pun
    main campak2 aje, menjadi dan sedap pulak tu

    Daalia>> teror nya, hehehhe dah 3 kali, misti pau tu sedap gilossss

    Haniss>> Itu lah satu kelebihan kalau kita buat sendiri, boleh ikut
    selera sendiri

    Jie-Jie>> Auntie pun terus tak tahan bila tengok kawan2 kat fp
    dah buat pau ni, terus cuba buat alhamdullilah menjadi

    Mama Fami>> menjadi kan resepi dari Kak Liza, selepas masak
    dua tiga biji sekali ngap.....

    SoulhaTak pe tersilap masuk auntie suka kawan2 datang , pau resepi
    Kak Liza boleh tahan gebu nya, hanya guna tepung biasa

    Abah Along>> Kaya tu ok juga tapi pakai santan tin, auntie rasa kalau
    pakai yang original lagi sedap kut , terima kasih abah kerana menjemput auntie
    singgah ke rumah abah, kalau auntie balik, insyaallah baik hati abah

    Sab>> cuba lah Sab senang aje

    srsFeqah>> dah melawat page Feqah, takut ....

    Zira>> boleh tahan juga pau tu, terima kasih kerana melawat page auntie

    Noor>> Auntie tak dapat buka page Noor, kenapa ye


Monday, 18-Feb-2008 10:13 Email | Share | | Bookmark
Som Tam Plum

 
 
Bila musim panas, lagi2 dalam bulan February dan March, ia lah musim buah2an,
tahun ini alhamdullilah dan syukur kebanyakan pokok buah2 an auntie menjadi belaka,
tapi...yang menjadi masaalah, sekali masak semua pun masak, kena di petik semua sekali.
cuma apples dan grapes aje lambat sikit, bila dah banyak tak tahu apa nak buat,
cuba lah difikirkan bagaimana nak makan kalau dah terlalu banyak, jadi buat lah apa yang patut
dan separuh nya macam tomato auntie simpan dalam freezer, semua freezer2 auntie dah
penuh, bergitu lah serba sedikit kalau musim buah di sini.

Okay dah lah cerita musim buah, sekarang cerita pasal masak pula auntie buat som tam
plum hari ini, di mana resepi asal dari Mamasya,
sedap tapi tak boleh makan banyak2 nanti plum ni mesin perut , tak leh tidur malam




























Quote:
    Shasha>> Tassie selalu nya memang sejuk,
    tapi selepas 2 tahun ini, summer terlalu panas, walau pun malam ok, ok lah tak panas
    sangat, segala nya bertukar "kuasa Allah" ada lah sikit2 buah2an tanaman kat backyard auntie, yang
    pokok plum tu baru berusia masuk tiga tahun, tahun ni lebat buah nya, alhamdullilah, thanks Shasha
    selalu melawat page auntie, kiss kiss untuk Danial

    Masriyah>> Plum tu masih fresh tapi dia tak tahan lama

    Mummy Jam>>You Welcome

    Mama Fami>> boleh tahan juga lah somtam plum ni

    Srsfeqah>> berhasil, kalau kita berbudi kepada tanah, auntie pun tak sangka
    3 tahun dia dah berbuah bergitu lebat sekali alhamdullilah

    Sabrina>> buah nya bergayut2 pulak kali ini heheh

    Mamasya>> dah banyak tak tahu nak buat apa teringat somtam Mamasya
    auntie sebenar ingat nak buat jeruk juga, tapi tak ade resepi nanti nak cari2 online
    Mamasya ada resepi tak

    Madiha>> buat plum sauce pun

    Mummy Emmil's>> Bawa Emmil kat sini kita kasi dia petik

    Daalia>> plum tu auntie guna kan untuk buat sauce, selain dari buat juice
    ok juga lah kan fresh

    Jie-Jie>>Pokok plum auntie tu baru masuk tiga tahun, tahun sudah ada juga buah
    tak lah macam tahun, tahun ini yang lebat , dah auntie tak ada pilihan buat aje somtam plum

    Lieya>> tu lah colour nya sungguh menarik, kalau terkena baju cuci pun tak nak
    keluar

    Nur>> tak de lah menjadi sangat tangan auntie ni, auntie rasa cuaca nya eluk

    Zai>> sedap juga lah sebab plum ni rasa masam2 manis

    Zarabetul tu, lagi2 masa memetik buah


Thursday, 14-Feb-2008 10:54 Email | Share | | Bookmark
Ice Cream (Strawberry)

Bila musim panas terlalu panas, bergitu lah cuaca di sini, kalau musim sejuk
terlalu sejuk, jadi di musim panas ni, memang musim buah2an, kalau rajin semua
buah pun ada, bagi auntie tak lah banyak sangat tanaman, sikit2 untuk makan sahaja
bila dah banyak buah2an dah tak larat nak makan, , suami auntie rajin buat
pickles, jam, sauce and so on, kerana sayang buah2 maklum lah dia tak tahan lama,
bagi strawberry kita selalu buat juice dan ice creams, baru2 ini suami auntie ada buat
ice cream strawberry dan ice cream jagong. Boleh tahan juga lah rasa nya.



















Ingredients

300 ml milk
300 ml thickened cream
5 eggs yolk
130 gm sugar
1 cup strawberries sliced n mash with extra 1/2 cup of sugar
1 teaspoon essence vanilla


Take the strawberries and mash them in half cup of sugar
in a bowl, place in the refrigerator whilst making the rest of
the recipe. In a separate saucepan, mix the cream with the milk.
place over a medium heat and just bring to boiling point,
strring all time .Do Not Let It Boil.
Stand mixture aside to cool slightly.
Whisk eggs and sugar in a separate bowl until they are light and fluffy and well combined,
Gradually add the milk mixture to the eggs, whisking briskly all the time.
Continue whisking until mixture is completely combined.
Clean the saucepan and dry thoroughly then trasfer the custard mixture to the saucepan.
Stir continously with a wooden spoon until the mixture begins to thicken and coat the back of the spoon.
Transfer the mixture into chilled bowl to cool.When cool palce in the
refrigerator, for at least 3 hours, remembering to stir the mixture from
time to time. When cool stir into the mixture the blended strawberry/sugar mixture.
Transfer the mixture to the freezer when completely chilled and leave for 30 minutes.
Remove from the freezer and whisk to break up the ice particles.
Transfer the complete mixture into ice cream maker, and follow
the instruction.


Quote:
    Nur>> terlalu panas di sini waktu ini, asyik nak makan benda yang
    sejuk2 saja, strawberry pun manis kalau musim panas, kalau winter kurang sikit manis nya

    Sabirna>>panas ye Malaysia sekarang, tapi auntie tengok macam hujan juga

    Mama Fami>> musim panas memang sedap buah strawberry, kalau di babur icing
    sugar, garam ok gak

    Shasha>> panas sangat2 kat sini

    Madiha>> Itu lah kerja Uncle kalau musim panas gini, dia suka buat ice cream
    dan preserved buah2an untuk winter nanti

    Mummy Jam>>

    Mamasya>> a'ah tepung tu hanya 1/2 cawan aje

    Mama Leen>>Insyaallah, kalau dekat misti boleh

    Fauzibaie>> You welcome.....ish ish speaking London pulak

    Abah Along>> tu lah auntie pun selalu gi Cameron kalau balik Malaysia
    best kan beli sayur dan buah2an kat sana, kali ni kalau balik nak pergi lah, insyaalah,
    sedap kat atas tu sejuk

    Mak Lang>> alah hai sedap nya tapai tu mak lang, pulut ke ubi

    Daalia>> boleh tahan juga lah home made ice cream, walau kat kedai tu
    banyak, saje aje suka nak buat, kalau tak ade ice cream maker, bila dah masuk freezer,
    whisk every one hour sekurang2 nya three times, tengok kepada kesejukan freezer kita

    Cek De >> boleh tahan juga lah, kalau dah bosan makan yang dijual kat
    kedai tu, lagi pun bahan2 nya ade daripada membazir buah2 tu

    Roy Lazim>> datang lah sini boleh makan ice cream sama2

    Kak Rus>> ha ha ha sekali sekala dia kena lah bauat sesuatu, tak lah kita
    aje yang masak untuk dia

    Sharil>> membilang hari tak sabar rasa nya

    Jie-Jie>> nanti auntie cuba ke bahasa ye


Friday, 8-Feb-2008 12:44 Email | Share | | Bookmark
Milky Marble Cake

 
 
 
Lama rase nya tak baking, terasa nak makan cake, selalu aje buka buku
recipe, tak lupa cari2 resepi kat fotopages, berjam2 sampai, tak juga pasti
nak masak cake ke, atau pun pau ke, ish malas nak buat inti pau, nak masak
ape ni, ish buat cake lah, bergitu lah hari2 kerana kena penyakit "Malas",
memang susah nak cari ubat ni,tak ade ubat pun, setelah behempas pulas
cuba melawan malas, akhir auntie berjaya, ini dia cake emmm, emmm,
milkyyyyy, milkyyy, itu pun auntie guna fresh milk, kalau guna susu cair lagi
lah best kut milkkkyyy, memang suka susu2 ni, dari mana dapat recipe, mana
lagi dari Mama Fami terima kasih daun keladi,kerana
auntie guna recipe nya berkali-kali, May Allah bless you Mama, kerana tanpa
jemu2 berbakti dan berkongsi dengan kita member2 di fotopages. Ini lah rupa cake
auntie, tak lah secantik cake Mama Fami, kerana teknik mermarble, auntie tak
berapa pandai












Quote:
    Mama Fami>> auntie selalu mendoakan segala kebaikan untuk
    Mama Fami

    Mama leen>> jangan lah cakap macam tu, Mama Leen apa kurang nya

    Nik Shasha>> cake marble ni memang dah lama wujud, tapi berlainan
    cara membuat nya, auntie memeng suka, kerana dia cantik dan berwarna warni

    Ida>> bergitu lah selalu nya, dia memang bijak orang nya

    LieyaTu lah auntie buat cake untuk buat minuman petang

    Roylazim>> cake ni sedap auntie suke

    Mamasya>> terima kasih Mama kerana memberi tahu auntie
    rahsia menghias cake itu, emmm cake marble susu ni boleh tahan rasa nya

    Nur>> itu lah auntie pun fkir bergitu, janji dia belang, nanti kta
    panggil Mama Fami ajar

    Sab>> buat aje Sab, senang

    srsFeqah>> tarikan cake ini dari belang dia sebenar nye


Thursday, 7-Feb-2008 08:47 Email | Share | | Bookmark
Lepat Pisang Daun Rambai

 
Nama saja segala masakan kampung, semua nya auntie suka, kebanyakan nya
dah pernah rasa, kalau tak berberapa kali, sekali pun dah cukup, nak juga mencuba
dan merasa, lagi setelah auntie di perantauan, hati mendesak lagi untuk mencuba,
kalau dulu di negara sendiri, tak lah bersusah payah nak masak, kadang2 beli saja
kalau tak dapat di bandar, balik kampung, minta Yong dan Mak cari kan, bila dah
jauh tak ade pilihan, baru2 auntie ini melawat ke dapur
srsfeqah and
Jie-Jie
dan ini lah yang auntie bawa balik, resepi Lepat Pisang Daun Rambai
walau pun daun rambai ada lah sesuatu yang mustahil untuk di cari, tapi banyak lagi
cara yang boleh di cuba, auntie hanya mengunakan dulang cake rasa nya dah tentu
berbedza dari daun rambai dan daun pisang, tapi masih sedap dan lazat
sampai suami auntie memberi pujian kali ini, kata nya rasa macam sticky date pudding
, itu lah kepandaian orang Malaysia memasak, tahniah kepada Srsfeqah dan Jie-Jie
terima kasih daun keladi dari auntie












Recipe nya:



Apam Pisang Daun Rambai

Bahan-bahan nya:

1 cawan pisang (di mashed dan di sukat)
1 ½ cawan gula
3 cawan tepung
3 sudu besar mentega
2 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil cream of tartar

Cara2
a) Kisar pisang dengan soda bicarbonate, cream of tartar, gula dan mentega.
b) Gaulkan bahan2 (a) sampai sebati
c) Bungkus dengan daun rambai
d) Kukus selama 12 minit atau sampai masak.


Sedikit pesanan dan Feqah dan Jie-Jie


Lebih sedap guna pisang kapas,kolek,masam
Boleh diganti dengan daun pisang atau boleh juga dikukus menggunakan
loyang.

Kata Feqah "Cubo lah, Sodap"


Dengan entry kali ini juga auntie ingin mengucapkan terima kasih
dan bersyukur kerana mendapat award dari Mak Lang dan Mamasya
terima kasih lagi sekali







Satu Penghargaan >> Thank you Mak Lang





Award Yang Menarik dari Mamasya >> Thanks Mama



Quote:
    Mimi >> apa kabar sayang, harap Mimi n keluarga sihat2,terima
    kasih kerana masih ingat kan auntie keep in touch ok

    Lee Lin>> itu idea yang baik tu kita tukar dengan daun kiwi

    Nur>>Terima kasih Nur, bukan award sebarang award tu

    Noor>>Boleh tahan lah Noor, cake ini

    Mama Fami>>Cubo jangan tak cubo

    Mamasya>>Auntie hiaskan rumah auntie dengan award2 itu, thanks Mama

    Abah Along>> Feqah memang dah glamour memang macam cake
    pisang lepat tu, apa nak di kato Abah, auntie rasa macam dah tengok abah
    dalam rumah yang saperti mahligai

    Kak Rus>>cuba lah ye, nanti buat entry boleh auntie tengok

    Daalia>>sedap lepat ni,

    Mak Lang>> sama lah kita nampak nya, dari lepat jadi cake pulak

    srsFeqah>> terima kasih daun keladi kerana berkongsi resepi tu ye, auntie
    dan keluarga suka sangat dengan lepat ini, walau pun dah jadi macam cake, nanti balik
    kampung auntie cuba daun pisang dan akan cuba dapat kan daun rambai

    Mama Leen>> boleh tahan lepat ni auntie dan keluarga suke


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net