Want your
own Fotopage?






 
kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Jan-2007 06:39 Email | Share | Bookmark
cakoi ( resepi asal Mama Fami)

 
 
 
 
 
 
memang tak boleh tengok kuih cakoi, dah lama dah cari resepi ni, itu hari
Dahniar datang dia bawa kuih cakoi, terus tak tidur malam duk ingat nak
buat, panggil Dahniar ajar, sekarang dah pandai sikit, buat cara Dahniar, and
now nampak Mama Fami lak buat, buat lagi hari ini, ini resepi asal Mama Fami

CAKOI

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

Kaedah :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.


Mama Fami>> thanks ye Mama auntie paste kan recipe Mama kat sini



Quote:

    Kejora>> terima kasih kerana sudi singgah ke page auntie, cube lah senang aje

    Zar>> cube tau jangan tak cube dia tak mengambil mase yang panjang pun

    Mama Fami>> kuih cakoi auntie tu memang tak berapa naik tapi lembut dan
    sedap bukan salah resepi agak nye auntie cepat sangat nak canai, nanti auntie cube lagi
    dan letak gambar , terima kasih kerana menolong auntie



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net