kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Mar-2007 11:03 Email | Share | Bookmark
Acar Timun

Acar timun dan Carrots yang paling senang, ringkas,
setiap kali kalau auntie buat nasi minyak, nasi tomato
dan juga nasi biryani auntie tak pernah ketinggalan untuk
membuat acar ini, memandang kan pulak timun dan carrot
yang sentiasa ade di kebun belakang rumah, jadi tak payah
ke supermarket untuk membeli nye, kepada yang berminat
ini cara2 untuk membuat nya


Bahan2

3 batang timun di protong panjang2
1 batang carrot - di potong panjang
1/2 labu bawang besar - di hiris nipis atau bulat
1 biji cili hijau di hiris (auntie lebih kan cili hijau)


timun, carrot dan cili hijau di rendam dengan air kapur
selama lebih kurang 2 minit. Kemundian di toskan.

Kuah nya:

1/2 cawan cuka
3 -4 camca besar gula (boleh di kurang atau di lebih kan sesuka hati)
1 camca teh garam

Ketiga-tiga bahan kemundian di campur dan di kacau sehingga
gula hancur, kemundian masukan timun, carrot, cili hijau dan bawang
di gaul mesra.


Boleh di simpan di peti sejuk, dan boleh di makan seperti salad,
bila2 masa saja. Kapur amat penting untuk merapuhkan acar.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net