Want your
own Fotopage?







 
kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Mar-2007 08:44 Email | Share | Bookmark
Kerutuk Daging

 




Bahan2 yang di perlukan

1 kg daging lembu atau ayam di potong besar
2 batang serai di ketuk
2 cm lengkuas di ketuk
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia
2 camca besar rempah kerutuk
2 keping kulit kaya manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 camca besar kerisik
1 camca besar air asam jawa
garam secukup rasa
1/2 keping gula melaka (20 g)
2 cmb minyak untuk menumis
1 cawan (250ml) santan

cara membuat nya

1) Ambil 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan halia di mayang halus,
goring dan ketepikan.
2) Baki bawang tadi di tumbuk halus dan di campur dengan rempah kerutuk.
3) Panaskan minyak dan masukan rempah kasar tadi, dan juga bawang yang telah
di goring hingga kuning.
4) Setelah kuning masukan pula rempah yang telah di campur dengan bawang
yang di tumbuk. Kacau hingga mesra dan masukan garam, gula melaka dan
asam jawa.
5) Kemundian masukan daging yang telah di bersihkan dan kacau lagi, dan
seterus nya lengkuas dan serai yang telah di ketuk.
6) Biar di atas api yang sederhana, sehingga daging masak dan lembut.
7) Akhir sekali masukan santan dan kerisik sehingga kuah menjadi pekat.

Recipe ini auntie dapat kan dari buku masak "Secukup Rasa" Koleksi resepi Pilihan Nora
sesuatu buku masak yang paling auntie suka, kerana masakan Nora yang simple dan
tidak susah di ikuti juga sedap dan menjadi belaka, cukup sesuai untuk masakan harian.
Banyak masakan dari Kelantan, yang memang sedap2 belaka.








Quote:
    Mama Fami>> makan dengan roti ok juge, tapi
    auntie makan dengan nasi

    Jeff>> terima kasih auntie ucapkan, datang2 lah selalu

    Raqyn mai lah datang makan dengan auntie

    La>> nanti kalau La datang auntie masak ok, tapi kite buat baik
    dengan Amy dan Shiela maybe dia orang boleh kasi rempah kerutuk

    La>> had tu amy kena jawap

    Tanjung Puteri>> terima kasih kerana melawat dan meluang kan masa di fp auntie


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net