kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Apr-2007 10:28 Email | Share | Bookmark
Mee Hoon Singapura

 
Ini Mee Hoon Spore auntie, recipe asal Puan Hanieliza, senang dan ringkas
dan bahan2 nya pun tak cerewet, sedap...., ada tetamu dari Malaysia datang
Sarah, adik Shiela, dah lambat Shiela bagi tahu yang dia nak datang dengan
Sarah, tak sempat auntie nak fikir apa yang nak masak, tiba2 teringat mee hoon
spore, dah lama dah nak buat, bila tengok fp Hanieliza, baru ini dapat cuba...

Ini bahan2 nya

600 gm mee hoon ( di celur)
200 gm daging (di potong dan di rebus)
200 gm sotong( di hiris kecil)
200 gm kucai (di potong)
250 gm kobis (di ricik halus)
1 batang carrot (di sagat) auntie potong kecil2
3 sudu besar minyak
gara, dan air

Bahan di tumbuk
1 sudu besar lada hitam
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan untuk di tabur

1 biji telur dadar ( di hiris halus)
2 biji cili merah di mayang halus

1)Panas kan minyak, tumis bahan2 tumbuk
2) Masukan daging dan kacau
3) Masukan sotong,kobis,carrot, garam dan air
4) Akhir sekali masukan mee hoon, kucai, garam.

Taburkan telur dan cili merah.






Quote:
    MeorJay>> thanks kerana singgah di fp auntie

    Jie Jie>> mee hoon, memang sedap kalau tak masak nasi, masak mee hoon aje lah

    Mommy d&d>> cube tau, lepas tu bagi tahu auntie, kurang kan lada nanti pedas
    anak tak leh makan,tempat auntie ke Brisbane abt 2hrs transit kat Melb.

    Mama Faris>> terima kasih ye, nanti auntie nak cube, kalau dah cube
    nanti auntie bagi tahu mama ok


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net