kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-May-2007 08:46 Email | Share | Bookmark
Acar Ikan (Cik Rohani)

 
 
Acar ikan ada lah kegemaran kami sekeluarga, dia bermula
dari kakak auntie Rohani, yang suka membuat acar ikan,
kemundian kami adik beradik mula lah ambil recipe, anak2
buah semua nya suka dan kalau bulan puasa ini
lah menjadi lauk kami, teringat anak buah auntie, Liza yang
balik ke Malaysia bercuti baru2 ni, dia bercerita yang mereka
beramai2 makan dan tak lupa auntie nya memasak acar ikan
untuk Liza, bergitu lah kalau dah ramai berkumpul acar ikan
misti ada di sini auntie paste kan recipe acar ikan, untuk
kita berkongsi bersama





Bahan2 yang di perlukan

5 keping ikan bawal di goring (auntie guna ikan salmon kerana tak ade ikan bawal )
1 cawan minyak makan
4 sudu makan rempah cap burung (auntie gunakan baba's sebab tak de cap burung)
5 ulas bawang putih di tumbuk halus
5 ulas bawang merah juga di tumbuk
4 biji bawang besar saiz sederhana di belah 4
1 cawan cuka
5 biji lada merah belah di tengah
2 sudu makan gula pasir
dan garam secukup rasa

Cara membuat nya

Panas kan minyak, tumis kan bawang putih,bawang merah, halia sampai
naik bau, masukan rempah, cuka, gula, bawang besar, dan lada merah,garam
di kacau, masak di atas api yang sederhana lebih kurang 1/2 jam,
kalau terlalu pekat tambahkan sedikit air panas, selepas nampak
rempah2 masak atau sudah pecah minyak masukan perlahan2
ikan goring supaya tidah hancur, di balik2 kan, masak sampai kering
sedikit baru di angkat. Masak acar ini hanya guna api yang sederhana.



P/s Sebenar nya recipe asal acar ikan kami gunakan rempah2 seperti
ketumbar, jintan manis dan jintan putih, cili kering,kunyit hidup atau yang
kering di giling halus semua nya, tetapi oleh kerana zaman sekarang
semua orang mengunakan rempah yang telah siap, makan kita pun
mengikut lah peredaran zaman guna lah rempah yang telah siap.
Kerana lebih ringkas dan pantas.


















Quote:
    Ida>> hehehe

    Shasha>> tu lah memang tak boleh dapat ikan bawal kat sini

    Eena>> auntie guna kan rempah kari daging untuk acar ikan

    Mommy d&d>> ye ke nak holiday kat australia ye, best nye
    gold coast memang best, cuaca pun menarik tak sejuk sangat, tempat
    auntie ni sejuk lah, sekarang dah mula terasa, winter belum masuk lagi

    Mama Fami>> asalamualaikum mama, acar ikan ni banyak juga
    orang yang suka, dan ade juga yang tidak, try lah maybe mama suke kan,
    and take care and enjoy yrself

    Maklang>> wa' alaikumusalam jemput lah masuk, boleh kita berborak
    dan lepas tu ,makan apa yang ada kat atas meja ni....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net