kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-May-2007 11:26 Email | Share | Bookmark
Apam Marmar

 
 
 
Apam berbagai jenis apam, semua nya menarik belaka,
kali ini auntie cuba apam marmar, recipe asal Rinnchan
http://rinnchan.fotopages.com/http://
sedap auntie suka, lagi pun cara membuat tidak lah susah sangat
terima kasih Rinn kerana berkongsi recipe dengan auntie dan kawan2

Bahan untuk membuat apam

250gm tepung self -raising flour
200 ml santan (auntie gunakan susu, kerana santan tak ade stock)
2 biji telur grade A
1 camca teh esen vanilla
1 sudu teh ovellette
secubit garam
perwarna ikut cita rasa masing2

Cara nya

Satu kan semua bahan kecuali pewarna
Pukul dengan speed perlahan sehingga mesra
Bahagikan kepada tiga bahagian
Satu kekal warna asal dan 2 lagi warna yang berlainan
Dalam adunan yang di gesel dengan butter
masukan adunan bersilang seli, dan di ikut dengan yang tanpa warna di atas .
Kukus selama 45 minit. Balut tutup kukusan dengan foil supaya air tidak menitis
ke atas apam.

Di makan dengan kelapa parut.





Quote:
    Marlin>> ade juga jual kat pasal malam kut, tapi dia orang
    guna acuan agak nya


    Ida>> tu lah makan dengan kelapa sedap, tapi hari tu auntie
    tak dapat cari kelapa yang muda, yang kat supermarket nampak macam
    kelapa tua, so tak makan dengan kelapa pun, kelapa tin ade tapi tak menarik

    Za>> Ovellette tu akak dapat dari Malaysia, kerana tak dapat cari
    kat sini, maybe kat Victoria ade kut, kalau ade sesiapa nak ke seberang cuba
    suruh cari


    Jie Jie >> orang melayu suka makan apam kan, auntie suka
    apa saja jenis apam

    Kak Liza>> auntie rasa macam kurang cantik sikit, sebab line
    colour dia telalu halus, silap acuan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net