kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 13-May-2007 08:02 Email | Share | Bookmark
Talam Pisang

 
 
Pagi ini auntie buat talam pisang, kerana banyak
pisang kat rumah, bukan tanam sendiri ye....tapi
beli, kat kampung kami di sini tak dapat tanam pisang
kerana cuaca tak mengizinkan, suka tak suka nampak
nya kena beli, nasib baik lah harga nya terlalu murah
tapi selalu nya hanya satu jenis pisang saja, sekali
sekala ternampak pisang emas, jadi lah dari tak ada langsung
jadi auntie tak lah boleh makan goring pisang panas
cokodok boleh sebab guna kan pisang yang sama
besyukur kepada allah ade juga pisang kalau tak de langsung
macam ini....ok berbalik ke talam pisang, auntie dapat recipe dari
Koleksi resipi pilihan Diana, tapi kata Diana resipi asal Pn Hanieliza
terima kasih Diana dan Kak Liza ......



TALAM PISANG
Sumber: Kak Hanieliza/Koleksi resipi Diana


Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan







Bahan atas yang auntie buat tu terkeras sedikit, agak nya tak betul sukatan
rasa ok aje, tapi tak lah cantik sangat

Quote:

    Mama Fami>> Thanks for your support


    Rfah>> tu lah auntie pun macam tu juga, buku recipe jangan cakap
    banyak,tapi tak cube pun, cube yang senang aje :-

    IdaTerima kasih kerana kasi auntie moral support, buat kan auntie
    jadi rajin nak masak

    Kak Liza>> terima kasih kerana berkongsi recipe selalu, memang
    dah banyak recipe kak liza yang auntie cuba, semua sedap2 belaka, sampai dah malu
    rase nye
























View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net