kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-May-2007 09:01 Email | Share | Bookmark
Ayam Straganoff

 
 
 
Ayam Straganoff, bukan lah satu favorites auntie kerana dia tak
pedas , tapi untuk tetamu di sini, selalu auntie masak
ayam ni, kerana masak ayam straganoff ini ada lah satu dari
pada kesukaan orang2 kat sini , tetapi recipe di bawah ini
ada asal dari buku Koleksi Resepi Pilihan Nora, nanti auntie
copy kan resepi cara Australian, boleh lah mana2 pun rasa
macam nak sama aje.






Anda Perlukan

2 keping isi ayam - di potong kecil
2 camca besar sos worcestershire
1 camca besar minyak
2 ulas bawang putih di cincang
1 biji bawang besar di potong dadu
300g (1/2 cawan) cendawan butang - di hiris
2 camca besar sos tomato
2 cawan susu segar
2 camca teh tepung jagong yang di bancuh dengan sedikit air
1 batang karot di potong kiub
200 g kacang pis- jika suka
1 biji apple hijau di hiris jika suka
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh lada sulah
3/4 cawan (180ml) air

Cara membuat nya

1) Perap ayam dengan sos woecestershire selama 1- 2 jam atau lebih
2) Panaskan minyak, goreng bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau
3) Masukan ayam dan kacau selama 3-4 minit. Masukan cendawan, sos tomato,
karot, garam dan lada sulah. Kacau.
4) Tambah pula susu,epal, kacang pis dan tepung jagong.
5) Perlahan kan api dan angkat apabila sudah pekat.


Makan bersama garlic bread atau pun roti biasa, Tapi auntie makan
dengan nasi , Tambahkan susu atau air jika sekira nya mahu kuah lebih.
Kalau tak sempat nak perap ayam pun tak apa masih sedap juga.




Quote:
    Kak Liza>> cube lah kerana dia manis2 sikit

    Mama Fami >> maybe from the same family

    Jie Jie>> thanks for the infomation, suke auntie kalau pasal
    kedai makan, balik nanti kalau ada mase boleh lah pergi

    Ida>>


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net