kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-Jun-2007 04:03 Email | Share | Bookmark
Talam Labu

Masih dengan cerita labu lagi, maklum lah selagi tak
habis sebiji labu tu macam2 lah yang di fikir kan untuk
di masak antara nya kueh talam labu, resepi asal
Puan Hanieliza, dah lama dah auntie simpan resepi
ini, satu2 nya yang auntie belajar dari Puan Liza
ialah, di tidak rebus labu, tapi dia hanya parut kan labu,
ini ada lah suatu idea yang baik, kerana kalau kita merebus
labu menjadi telalu lembut, dan labu juga banyak mengeluarkan
air atau juice, terima kasih Kak Liza, yang telah banyak
menolong kawan2 di fp semua, dengan resepi2 yang menarik
dan alhamdullilah semua nya menjadi, kebanyakan masakan
auntie, ia lah dah fp Kak Liza, terima kasih sekali lagi, May
Allah bless you always.....ini sedikit sebanyak gambar yang
auntie rakam kan dan resepi Talam Labu



KUEH TALAM LABU

Lapisan bawah - labu
1 cawan labu di parut
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair dan sedikit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - santan
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat (auntie gunakan santan tin)
1 sudu kecil garam
pewarna hijau

Cara membuat
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan di atas api supaya ia tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakar2kan dan tuang adunan santan atas permukaan labu
dan tuang adunan santan di atas pemukaan labu.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukan sebelum di potong.










Quote:
    Mama Fami>> Alhamdullilah, rase dia pun sedap


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net