kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-Jun-2007 05:20 Email | Share | Bookmark
Rendang Tok

 
 
 
Lagi resepi sumber Puan Hanieliza
rendang tok, auntie masak dengan
pulut kuning, menarik, terasa macam
menyambut raye pulak, ini lah sedikit
sebanyak gambar yang dapat auntie rakam
kan









RENDANG TOK

Bahan
1 kg daging di potong
2 cawan santan pekat (auntie gunakan santan tin)
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (dipotong nipis) (auntie tak letak yang ini)
3 camca besar gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit
garam secukup rasa

Bahan untuk di kisar
2 camca besar ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
1 camca besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehingga naik minyak dan cukup pekat.





Quote:
    Ida>> bak sini piring kita share, best makan ramai2 selera

    Mama Fami>> sama lah selera kita

    Jie-Jie>> sama dengan orang di seberang sini

    Bek Bek>> sorry, about the daun kunyit , I have some in my garden
    so I dont have any problem


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net