kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Jun-2007 08:48 Email | Share | Bookmark
Mee Rebus

 
 
Sambil tengok2 TV, kerana malas nak bergerak, cuaca terlalu sejuk 4 deg kat luar
sana, jadi macam tak nak jauh dari heater, jari tu berjalan2 juga, tengok
fotopages, lepas tu tiba2 auntie teringat kembali fotopages Sister Rossya Ahd,
di mana semasa dia active auntie selalu ambil resepi2 dari page Sis Rossya
kerana, resepi nya sungguh2 menarik , walau pun dia dah tak active lagi,
auntie masih simpan resepi2 Sis Rossya, auntie rasa walau pun dia tak active,
fotopages Sister Rossya masih menjadi the most popular fotopages, ( untuk sister
Rossya) dan auntie sungguh meminati fotopages nya, oleh kerana sense of humour,
genuine, and kind hearted, bila dia tidak mahu active dalam fp lagi auntie kate
ish.....kenape??? alah tak best nya, tapi nak buat macam mana kan, masing2
ada hal tersendiri, apa yang dah ade dah cukup dah, hanya allah yang
akan membalas budi baik Sis Rosyya, may Allah SWT bless you always sister

Ini dia Mee Rebus
dan resepi asal Sister Rossya Ahd



500 g mee kuning (auntie gunakan speggetti)
500 taugeh

Bahan2 nya
500 g ubi keledek
250 daging
sedikit minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa secukup nya

Bahan Kisar

4 sudu makan taucho
4 sudu makan rempah kari daging
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
sedikit lengkuas
sedikit halia
2 batang serai
1 sudu besar udang geragau (kering) di sangar

Bahan2 Taburan

Telur rebus, tauhu goring,hirisan cili hijau,
daun sop,dan bawang goring

Cara nya

Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang di kisar, sampai wangi
dan masukan air rebusan, dan daging, kemundian masukan keledek,
garam dan serbuk perasa. Kalau hendak manis masukan gula.

Celurkan mee, dan taugeh. Bila sedia untuk menghidang masukan
mee dan taugeh serta bahan taburan yang lain dan dan siramkan kuah
mee rebus, sedap di makan ketika panas. .


Note: Ada juga yang auntie tukar sedikit sebanyak dari resepi asal
oleh kerana barang yang terdapat dari resepi asal, tidak dapat di
cari di sini...Harap Maaf








Quote:
    Cendawan>> nanti auntie tengok tudung bawal

    Linda>> cuba lah senang aje

    Kamariah>> boleh tahan juga rasa nya, lagi pun simple sangat





























View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net