kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Jun-2007 11:10 Email | Share | Bookmark
Bakar Kemboja Kentang

 
 
Bila auntie masak kuih ini, auntie macam tak sangka, yang hari ini
sebenar nya auntie buat Bakar Kemboja, tersangat gembira, kerana
dah banyak kali auntie cuba tapi tak jadi, kali ini terlalu simple
dan menjadi, walau pun rasa tak lah macam yang kat Malaysia
agak nya yang kat Malaysia, yang di jual di pasar2 dan selalu di
pasar ramadhan, dan kadang2 di rumah orang kawin, rasa nya lain sikit,
agak nya dia orang tak letak kentang, tapi yang ini ade kentang, yang
ini sedap juga tapi auntie tak ade achuan kemboja, so jangan lah
kawan2 fp ingat muffin pulak memang sebiji macam muffin

Resepi asal (http://rossyabakes.fotopages.com/)


BAKAR KEMBOJA KENTANG

Bahan A
180g gula
4 biji telur
sedikit vanilla
sedikit garam

Bahan B
500g kentang (nett weight 500g selepas direbus) dibuang kulit dan rebus.
65g tepung gandum
450ml santan pekat
sedikit pandan paste

Bahan C
sedikit bijan

Semua bahan A dijadi satu dan pukul sederhana kembang. Campurkan bahan B dan di putar sebentar. Kemudian tuangkan kedalam acuan bunga kemboja dan tabur sedikit bijan diatasnya. (boleh juga menggunakan non-stick baking mould. Atau muffin trays) Bakar pada suhu 170C selama 40minit atau hingga masak. Sapu sedikit minyak pada acuan supaya kuih senang keluar sesudah ia masak.













Quote:
    Ida>> terima kasih bau nya hingga ke KL, sama macam bubur
    durian Ida bau nya sampai ke Australia, harum menawan,

    Eena>>Terima kasih kerana melawat page auntie, tak lah rajin sangat
    tapi kat sini susah nak makan kat luar

    lie>> terima kasih meluangkan masa melawat page auntie, kena makan juga
    kerana dah penat memasak

    Kamariah>> a'ah boleh pakai acuan ape saja, nak kata ape lagi,
    acuan original tak dapat kat sini, insyaallah akan kita usaha, mendapatkan nye

    Mama Fami>> thank you mama, nanti auntie jawap macam tu ye

    Zaza>> terima kasih kerana melawat page auntie,tu lah kan kalau
    dah lama tak makan teringin pulak, tak susah buat dia, senang aje, bahan2 pun senang di cari


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net