kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Aug-2007 09:39 Email | Share | Bookmark
BRIANI AYAM - Dari Teratak Mak Lang

 
 
 
 
Beberapa hari sudah auntie ade cuba nasi briani (resepi asal dari Teratak Mak Lang)
memang sedap, dah banyak auntie cuba nasi briani, tapi yang ini auntie kasi
lima bintang, tak boleh makan banyak nanti tak muat pintu, jadi kepada
kawan yang nak mencuba, memang patut cuba, tak rugi

Kepada mak lang terima kasih kerana berkongsi resepi, di bawah ini
ia lah cara untuk membuat nasi briani- http://teratakmaklang.fotopages.com









Bahan2 untuk nasi:

3 cawan beras Basmati dicuci dan ditoskan
3 cawan air
1/2 cawan yogurt
garam to taste

Bahan untuk di mesin
3 biji lada merah
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci hallia

Bahan untuk menumis

bunga lawang,bunga cengkih,kayu manis dan buah pelaga
1 labu bawang besar di mayang
2 helai daun pandan di simpulkan
4 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak


sedikit pewarna kuning, saffron(koma-koma) dan air mawar.
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotong panjang
secekak daun pudina
segenggam gajus digoreng
segenggam kismis digoreng sebentar , boleh dikurangkan jika tidak suka


Caranya:
Cairkan minyak sapi bersama minyak masak.
Tumis bawang besar yang dimayang bersama dengan rempah tumisan sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang telah dimesin dan digoreng sebentar.
Masukkan air dan yogurt serta daun pandan.
Apabila mendidih, masukkan beras.
Apabila separuh masak, masukkan daun bawang, daun ketumbar dan daun sadri serta daun pudina .
Apabila nasi telah masak, ambilkan minyak dari lauk briani dan diletakkan kedalam nasi,
Ambil juga sedikit dari rempah briani ayam tersebut dan digaulkan dengan nasi.
Pewarna kuning serbuk dicairkan dengan 3 sudu besar air mawar bersama saffron.
Rinjis2kan ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar,
Masukkan jugak kismis dan gajus yang telah digoreng tadi,



Bahan Untuk Lauk Briani Ayam



1 1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.

Bahan untuk di mesin


3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan untuk di tumis

Rempah briani 1-2 packet
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
2 biji bawang merah di mayang
5 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
4 biji tomato masak dimesin halus
1/2 tin tomato puree
4sudu besar madu
2 sudu besar gula putih
1 sudu besar gula merah
1/2 tin susu cair
4 biji lada hijau dipatah2kan
10 biji badam dimesin halus
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar - boleh dikurangkan jika tidak suka
garam mengikut rasa

Caranya:

Gorengkan ayam bersama garam dan kunyit. Jangan terlalu masak.

Panaskan minyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan rempah tumisan bersama bawang merah yang dihiriskan.
Masukkan bahan2 yang dimesin tadi.
Apabila telah naik bau, masukkan rempah berani.
Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, badam,
lada hijau, madu, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi.
Masukkan pula daun2 tadi bersama kismis dan gajus.

Apabila telah betul2 masak, ambil minyaknya dan letakkan kat dalam nasi.














































































Quote:
    Jie-Jie>> koma2 tu sejenis bahan yang berwarna kuning selalu
    di masukan kedalam makanan seperti nasi, harga nya agak mahal, tapi kalau di
    Australia boleh di tanam sediri auntie pun ade tanam tapi belum, dapat hasil nya
    di masukan di dalam makanan

    Mama Fami>> memang lah auntie pun gitu juga selalu banyak
    shortcut, kalau tak de barang kat rumah, maaf lah dah lama tak update fp
    bukan sengaja, tapi cam fp kat sini ade problem, lagi pun wireless auntie
    tu ade masaalah sikit, malas nak pakai comp. hubby nanti
    dah ok kita active semula, tak sabar ni

    Mamasya>> tu lah auntie yang bagi 5 bintang, orang lain tak
    tahu lah badan auntie ni pun dah boleh tahan sihat

    Sabrina>> macam aje susah, tapi senang aje, kalau kat sana
    kedai kat Bangsar, kat tempat auntie tak de, terpaksaaaaaaaaa

    Mommy_ d&d>> "one sweet day" akan menjelma tu
    auntie kena tag, minta maaf sebab tak dapat nak update, sekarang dah ok,
    nanti auntie jawap ye

    Nur>> auntie pun suka

    Za rempah Shan itu ok juga, dulu ade kawan akak dari Oman tu,
    dia pakai rempah shan aje, kalau dia masak briani habis seperiuk

    Roy Lazim>> cuba lah sis, jangan tak cuba, auntie dak lama tak
    update, kerana fp ade problem sikit, nampak nya hari ini macam dah ok
    akan auntie cuba asap

    Sharil>> kesian anak mummy, nanti mummy balik kita masak ok

    RosLeenda>> dua2 pun sedap , yang gam tu di lapis2kan dengan lauk
    briani, itu lah di panggil gam, orang Johore memang pandai masak briani ni,
    kalau tak silap auntie lah (kepada orang2 Johore maaflah kalau auntie silap tafsir )

    Hajar>> boleh tahan juga lah rasa nya

    Fazizaid>> terima kasih, kerana bagi resepi kasturi , nanti
    dah cuba auntie paste kan

    MaDiHa>>ye ke, ish best nya makan kenduri, ade kole kacang pulak tu

    Ida>> kalau dekat auntie ajak Ida makan kat sini, kita no hal juga

    RosLeenda>> terima kasih Leen nanti auntie melawat ke fp baru tu

    Masriyah>> cuba lah Mas, senang aje

    Mylo>> salam perkenalan dari auntie, terima kasih kerana melawat fp auntie

    Cybercake>> auntie suka sangat cake, tapi sayang tak dapat nak
    order jauh ni


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net