kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Sep-2007 09:56 Email | Share | Bookmark
Cake Prunes

 
 
Dah lama auntie tak buat entry masakan, dah rindu sebenar nya
walau pun masih pakai computer hubby, memang tak best, tapi nak
buat juga entry, masakan auntie kali ini cake Prunes, boleh tahan juga
rasa nya, resepi ni dah lama auntie simpan, dan auntie dapat dari anak
buah auntie Hafiza, yang kini bertugas di Seberang Perai, bahan nya pun
tak lah banyak sangat, jadi okay lah kalau nak buat, mana tahu masa
raya nanti











Kalau nak cuba ini resepi nya

1 packet prunes (16 oz)
2 sudu besar coco
250 gm mentega
2 cawan gula halus
5 biji merah telor
5 biji putih telor
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil soda bicarb
2 3/4 cawan tepung gandum

Cara nya:
Sedia kan tin yang dialas dengan kertas cake dan taburkan sedikit
tepung gandum.

Rebus prunes dengan 2 cawan air, sehingga air nya surut menjadi 1 cawan.
Asingkan prunes dan air nya.
Apabila air prunes masih panas masukan coco, dan kacau sehingga coco hancur.
Prunes di buang biji dan hiris kecil2.
Putar kan mentega dengan gula halus sambil hancur, dan masukan
kuning telur, putar lagi, masukan esen vanilla, dan air prunes.
Masukan tepung gandum yang telah di ayak bersama soda bicarbonate tadi
kacau lagi dan masukan buah prunes, dan air prunes, dan ketepi kan.
Putar putih telor samapai naik dan kuap balik kan kedalam adunan kek
tadi.

Bakar dengan suhu 120 deg selama 2 jam, atau sampai kek masak.


Quote:
    Ida>> Salam Ramadhan untuk Ida dan keluarga, cuba lah
    cake ni senang aje

    Mamasya>> boleh tahan cake ni, kepada orang yang tak berapa
    suka cake yang banyak buah2an, cake ini macam ok aje, sebab buah dia macam
    banyak dah hancur kerana di blend dengan cake tadi, selamat mencuba

    Mama Fami>> selamat menyambut bulan puasa, tentu dah bersiap2 nak
    buat kueh raya , cake tu okay aje nampak nya , tak lak dry

    Kak Leen >> selamat menyambut puasa, dah mula buat kueh raya ke ??

    Rashi>> terima kasih kerana bertandang ke page auntie, auntie pun
    dah rindu kat Rashi, hari ini dah 1st day puasa, cepat kan

    Jie-JieSelamat berpuasa, tentu Jie-Jie banyak buat kueh raya nanti, kalau dekat
    boleh auntie pergi beraya

    Roy Lazim>> selamat berpuasa sister Roy, tentu banyak buat kueh raya nanti
    tak sabar nak tengok kat fp

    Erna>> selamat berpuasa, sorry lah auntie tak dapat nak order kek, walau pun
    teringin sangat

    Nur>> selamat berpuasa, tentu Nur , banyak buat kueh nanti kan


    Baba>> salam baba, dan selamat berpuasa, rajin2 puasa tau, eluk lah
    kalau nampak gambar tu ingat TASSIE

    Mama Fami>> teruk lah baba ni, gambar tu dah lah buruk sekarang tunggu turn mama
    pulak


    Izan>>terima kasih kerana sudi melawat page auntie, dan selamat berpuasa
    kepada Izan dan keluarga, cuba lah cake tu, senang aje dan rasa nya okay juga

    Cek De >> terima kasih kerana melawat page auntie, selamat berpuasa, tak
    lama lagi nak raya, tentu banyak buat kuah nih, jangan lupa ambil gambar ye

    Mimi selamat berpuasa kepada Mimi sekeluarga, dan selamat bertunang, cantik
    sungguh gambar2 pertunangan itu, jangan lupa hantar gambar2 raye nanti , kerana auntie
    pun rindu kan Mimi, dah lama tak lepakkkkkks bersama2 sambil tengok2 my space oooppppsss

    Mimi>> my space ????

    Penyulawa>> Ye ke cake tu auntie dapat dari anak buah auntie, sedap. auntie suka sangat
    entah2 dia orang dapat resepi dari orang yang sama ,


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net