kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Sep-2007 01:39 Email | Share | Bookmark
Bingka Jagung

 
 
Dalam bulan puasa ni semua activiti menjadi sedikit lembab, termasuk lah
mengupdate kan fotopages, kerana di sebelah petang agak sibuk memasak
beberapa hari yang lepas Shasha buat bingka jagung, resepi asal Kak Liza
mari kita menjamu mata dengan Bingka Jagung







BINGKA JAGUNG

BAHAN-
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung cream dalam tin
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter di cairkan

Cara membuat nya:

1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong. Selamat berbuka puasa.

Quote:
    Mamasya>> auntie pun suka jagung, tu lah selalu masak
    pakai jagung, jemput2 jagung pun sedap

    Norean>> salam, terima kasih kerana melawat page auntie, selamat
    berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang akan menjelang tiba

    Cek De Sam>> auntie belum cuba jagung tak berkerim, rasa macam
    tak de problem, insyaallah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net