kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Oct-2007 09:17 Email | Share | Bookmark
Tart Gulung

 
 
 
 
 
Masih dalam mood raya, so masih entry kuih raya, yang tak sempat nak
buat entry pada bulan puasa, kuih tart ini kegemaran anak2 auntie, so misti
walau pun kadang2 terfikir malas nak buat jem nenas, kat sini semua nak
buat sendiri , kalau kat malaysia boleh lah gi kedai beli, kat sini tak upaya lah
nak buat bergitu, malas ke rajin ke lah buat. Di bawah kuih tart yang dapat
auntie rakamkan.












Tart Gulung

500g mentega
2 biji telur
1 sudu teh vanilla esen
2 sudu makan susu manis
800g tepung gandum
sedikit garam


Mentega, telur, susu manis,garam dan vanilla di pukul rata. Lalu masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ambil sedikit inti nenas, lalu dibungkus dengan adunan tepung dan di bentukkan seperti dedaun. Gunting untuk menjadi kan seperti duri-duri pokok nenas. Letakkan di dulang pembakar dan sapukan kuning telur diatas nya. Bakar pada suhu 170deg.C sehingga masak.




JEM NENAS

2 biji nenas mengkal dan kuning
450g gula pasir
1 biji pelaga
2 kuntum cengkih

Parut kasar nenas. Tapis dan toskan. Jangan di perah! masukkan kedalam periuk(sebaik-baiknya, gunakan periuk non-stick) dan masak dengan api sederhana sehingga nenas nya kering sedikit. Masukkan gula, pelaga dan cengkih, dan masak lagi sehingga ia semakin pekat dan berkilat dengan api yang kecil. Biarkan ia kering sedikit baru matikan api dan sejukkan.


Quote:
Recipe tart kali in auntie ambil daripada fotopages " Rossya Ahd" tetapi
auntie gunakan achuan tart gulung, oleh itu pastry misti lah lembut, jika keras
tambahkan sedikit mentega



Quote:
    Mamasya>> auntie pun suka kuih tart, entah lah badan pun dah naik
    ni asyik duk makan kuih raya, ish best sungguh tenguk gambar raya kat Brunei tu, lagi2
    hadiah dari Sultan, bertuah badan dapat pengelaman bergitu

    Mama Fami memang penat tekan pakai acuan yang kecil tu, dulu2 auntie
    ade cuba masa kat Malaysia, akhir nya pakai acuan yang ini tak penat sangat, harap2 mimpi jadi kenyataan, auntie sambut mama dengan tangan terbuka ke pondok auntie





































































































View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net