Want your
own Fotopage?







 
kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Nov-2007 09:54 Email | Share | Bookmark
Dodol

 
 
Hari Raya dah lama berlalu, masih ada entry yang nak auntie paparkan
di fp ini, DODOL, susah nak di masak, tetapi kepada pengemar DODOL,
walau pun agak susah dan memakan masa untuk menyediakan, tetap
bersabar untuk mendapat hasil yang memuaskan. Ini ada lah idea dari
Nagib. Nagib berasal dari Perak, dan selalu aje datang ke rumah auntie,
dah macam anak sendiri, tau lah orang Perak, lemang dan dodol tak miss
kalau raya , satelah juga berbincang dengan kawan2 yang lain,maka dapat
lah kata sepakat. Walau pun tak pernah buat dodol, Nagib ade resepi keluarga.
akan kami cuba, alhamdullilah pada malam raya, dodol pun di kacau.Di sini
auntie paparkan gambar2 yang sempat kami ambil pada malam raya yang
lalu.








Dodol

2 tin susu pulut (di rendam semalaman)( auntie guna tepung pulut dan gunakan 1 cawan)
3 biji kelapa (auntie guna santan tin)
1 ½ kati gula merah campur air < masak bagi cair…bagi sejuk betul <<<jgn lupa tapis
½ kati gula putih

auntie tukar kan dari kati ke gram

Cara²
1.Pulut tu blend+air sikit….blend sampai halus
2.Dalam kuali besar…masukkan santan, gula, dan gula merah cair yang dah tapis tu
3.Masukkan pulut yang dah blend dalam adunan santan tadi sampai betul2 sebati
4.Masak dengan api yang pelahan sampai bertukar colour menjadi hitam.


Note: Sebenar nya Shasha yang membancuh dodol ni, dan semasa memasak
nya, dia tambah kan air kerana takut keras, kerana sebelum itu auntie cuba tapi
tak menjadi . Auntie rasa macam tak berapa pandai sangat kalau tak ada kawan2
Shasha yang lain saperti Hassan, Nagib, Varsis,Kulbir, dan yang lain2 lagi jangan
marah kalau auntie lupa, kerana ramai juga yang datang malam itu kerana berbuka puasa
dan sama2 menolong, dan bertakbir raya.



>> Masriyah: bergitu lah resepi yang auntie dapat, agak susah sikit, tapi kerana
berkat dan semangat nak beraya dan nak meriah kan lagi kita orang cuba juga
buat dengan berani nya kalau tak berapa confident dengan resepi auntie
ni boleh cari online lagi, sedikit sebanyak tu boleh auntie tolong, sorry






Quote:
    Ida>> auntie pun suka masa dodol masih cair

    Daalia>>Kuali tu tak lah besar sangat, tapi boleh lah Najib buat pengacau
    dia kat school dia so macam ok juga

    Lee Lin>> bulan puasa tak boleh curi kita gi beli

    Norean>> nanti auntie paste kan, tapi resepi ni memang fashion lama
    kena kira mengira sikit

    Mamasya>> nak yang asli terpaksa bersusah, nak minta orang Malaysia
    post berat sangat mahal

    Shasha>> dodol tu memang asli bau macam dodol kat Malaysia, semangat
    Malaysia Boleh (tapi kat masak aje lah )

    Nur>> boleh tahan juga sedap nya dodol ni, maybe kerana dah lama
    auntie tak makan dodol yang sedap2 di Malaysia tu, Lee Lin memang kelakar
    auntie pun di buat nya

    Fazi >> cuba lah Fazi, senang aje ,kalau ramai mengacau tu tak rasa penat

    Sabrina>> Nak kan semangat raya tu, lagi2 kali ni pelajar2 dari Malaysia
    semua tak balik sebab dia orang nak exam, so kita ramai2 buat kat rumah auntie best,
    the best raya ever this year, alhamdullilah

    Masriyah>> cuba lah ye resipi dah auntie letak kan

    Mamafami>>auntie pun kalau sorang macam tak terdaya juga, tapi kita ramai

    Mamazieza>> tu lah auntie pun suka masa baru di angkat tu, kita orang siap
    dengan ambil yang lekat kat kuali

    Erna>>semangat raya penat berpuasa kut


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net