kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Dec-2007 02:28 Email | Share | Bookmark
Soya Beans (Rosniyati)

 
 
Cuaca dah mulai panas di Tassie, dan kedai cina kat depan Park tu tutup,
tiap2 tahun bergitu lah dengan tuan kedai balik ke China, tak pernah miss,selalu
nya kalau terlalu panas auntie beli aje air soya bean kat kedai dia, nampak
nya kena lah buat sendiri kali ini, soya beans kali ini resepi nya auntie dapat dari
anak angkat auntie kat Perth, Dr Rosniyati, dia expert tu buat soya beans
memang dah pernah auntie cuba, memang sedap dan menjadi: Ini resepi nya, simple
cuma masa nak perahkan susu tu dapur messy lah sikit , tapi tak pe
boleh lap, asal kan dapat soya beans buatan sendiri, dah happy


Bahan2

1 cawan kacang soya
3 cawan air
gula sesedap nya

Cara membuat nya

Kacang soya di rendam semalaman.
Blend kacang soya dengan air, dan perah guna kan
kain muslin. Buang kan hampas nya.
Masak susu kacang dengan gula sesedap nya.
Sejukan. Dan ready untuk di minum.


* Selalu nya auntie simpan di dalam jug atau botol dan
dia nya tahan dalam 2 atau 3 hari. Ada juga orang mengunakan
hampas kacan soya, kerana ia nya boleh di buat saperti cucur,
auntie pernah cuba, ok juga lah

Hampas di campur sedikit garam, daun bawang, hirisan lada merah
dan goring saperti cucur udang








Quote:
    Kak Leen >> auntie dengar cerita macam tu juga, kalau hamil
    eluk lah minum banyak2 soya beans

    Cek De Sam>> cuba lah yang ni senang sangat

    Madiha>> ye ke ni

    Ida>> terima kasih Ida, kerana teringat kan auntie, hehehe

    Mamasya>> cuba lah senang sangat

    Daalia>> cuba jangan tak cuba, tapi kalau kat Malaysia banyak
    orang jual

    Lee Lin>> yea, tak pernah dengar ye, boleh tahan juga lah sedap nya

    Nur>> tu lah auntie masa dulu pun macam tu jak, suka kan air soya beans
    bila lahir kan anak yang sulung tu putih sangat

    Masriyah>> tu lah kan kalau anak2 tak suka minum malas lah
    kita nak buat, kalau sorang2 makan tak larat habis

    Nabialishad>> terima kasih kerana kasi tips kat auntie, nanti auntie cuba

    Mama Fami>> emmmmmm pandai pun

    Rose>> Salam Rose, auntie pun suka air soya beans homemade


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net