kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Feb-2008 10:02 Email | Share | Bookmark
Lopes

 
Kerana banyak pulut berlebihan masa raya dulu, takut pula rosak nanti,
jadi auntie terfikir2 apa nak buat, pulut kuning, emmm tak lah, fikir punya
fikir teringat lopes, ok buat lopes . Dan berberapa hari lepas auntie
melawat teratak Che Tam
thanks Che Tam kerana berkongsi resepi.













Lopes Pulut
(sumber dari CheTam)



Bahan kuih :
2 cawan pulut (basuh dan rendamkan)
2 cawan santan
sedikit garam
2 sudu perasa pandan (kerana auntie tak dapat cari daun pandan)
kelapa parut (auntie guna kan kelapa packet) yang moist

Cara.
1. Masukkan semua bahan kedalam loyang dan kukus .
2. Masak lebih kurang 1/2 jam satau sehingga masak.
3. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
4.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
5. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
6. Hidangkan dgn air gula merah

Air Gula
2 buku gula melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan air
daun pandan

Cara
Masakkan semua bahan sehingga pekat dan tapiskan.









Quote:
    Rani>> sekali2 ok juga, kalau selalu tak boleh
    manis

    Mamasya>> jemput lah kerumah auntie, boleh kita sama2 makan

    Lieya>> senang aje, lagi pun kalau macam kat tempat auntie
    semua kena buat sendiri, macam terpaksa lah, auntie pun sama kadang2
    fail

    Lee Lin>>a'ah lan rasa macam bulan puasa kalau buat lopes

    Mamaleen>> ha tu dia, auntie tangkap mama balik pintu
    tak nak masak kuih lopes ye

    Noor>> rajin dia kan, buat untuk sarapan pagi

    Mummy Jam>> auntie pun perasaan juga, kanak2 kurang suka
    selalu nya dia orang ambil air gula aje, lopes dia letak di tepi

    Cek De Sam>> ish senang buat lopes ni CeK De

    Sabrina>> memang kalau bulan puasa senang dapat lopes
    beli kat pasar kan

    NurBoleh Nur, nanti auntie ambil piring

    Mamasya>> terima kasih daun keladi kerana bagi hadiah kat auntie

    Mak Lang>> terima kasih mak lang kerana bagi hadiah, tak terbalas budi mu itu

    Srsfeqah>> "Lopez De Sequiera" tu pun lopes juga


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net