kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Feb-2008 08:47 Email | Share | Bookmark
Lepat Pisang Daun Rambai

 
Nama saja segala masakan kampung, semua nya auntie suka, kebanyakan nya
dah pernah rasa, kalau tak berberapa kali, sekali pun dah cukup, nak juga mencuba
dan merasa, lagi setelah auntie di perantauan, hati mendesak lagi untuk mencuba,
kalau dulu di negara sendiri, tak lah bersusah payah nak masak, kadang2 beli saja
kalau tak dapat di bandar, balik kampung, minta Yong dan Mak cari kan, bila dah
jauh tak ade pilihan, baru2 auntie ini melawat ke dapur
srsfeqah and
Jie-Jie
dan ini lah yang auntie bawa balik, resepi Lepat Pisang Daun Rambai
walau pun daun rambai ada lah sesuatu yang mustahil untuk di cari, tapi banyak lagi
cara yang boleh di cuba, auntie hanya mengunakan dulang cake rasa nya dah tentu
berbedza dari daun rambai dan daun pisang, tapi masih sedap dan lazat
sampai suami auntie memberi pujian kali ini, kata nya rasa macam sticky date pudding
, itu lah kepandaian orang Malaysia memasak, tahniah kepada Srsfeqah dan Jie-Jie
terima kasih daun keladi dari auntie












Recipe nya:



Apam Pisang Daun Rambai

Bahan-bahan nya:

1 cawan pisang (di mashed dan di sukat)
1 ½ cawan gula
3 cawan tepung
3 sudu besar mentega
2 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil cream of tartar

Cara2
a) Kisar pisang dengan soda bicarbonate, cream of tartar, gula dan mentega.
b) Gaulkan bahan2 (a) sampai sebati
c) Bungkus dengan daun rambai
d) Kukus selama 12 minit atau sampai masak.


Sedikit pesanan dan Feqah dan Jie-Jie


Lebih sedap guna pisang kapas,kolek,masam
Boleh diganti dengan daun pisang atau boleh juga dikukus menggunakan
loyang.

Kata Feqah "Cubo lah, Sodap"


Dengan entry kali ini juga auntie ingin mengucapkan terima kasih
dan bersyukur kerana mendapat award dari Mak Lang dan Mamasya
terima kasih lagi sekali







Satu Penghargaan >> Thank you Mak Lang





Award Yang Menarik dari Mamasya >> Thanks Mama



Quote:
    Mimi >> apa kabar sayang, harap Mimi n keluarga sihat2,terima
    kasih kerana masih ingat kan auntie keep in touch ok

    Lee Lin>> itu idea yang baik tu kita tukar dengan daun kiwi

    Nur>>Terima kasih Nur, bukan award sebarang award tu

    Noor>>Boleh tahan lah Noor, cake ini

    Mama Fami>>Cubo jangan tak cubo

    Mamasya>>Auntie hiaskan rumah auntie dengan award2 itu, thanks Mama

    Abah Along>> Feqah memang dah glamour memang macam cake
    pisang lepat tu, apa nak di kato Abah, auntie rasa macam dah tengok abah
    dalam rumah yang saperti mahligai

    Kak Rus>>cuba lah ye, nanti buat entry boleh auntie tengok

    Daalia>>sedap lepat ni,

    Mak Lang>> sama lah kita nampak nya, dari lepat jadi cake pulak

    srsFeqah>> terima kasih daun keladi kerana berkongsi resepi tu ye, auntie
    dan keluarga suka sangat dengan lepat ini, walau pun dah jadi macam cake, nanti balik
    kampung auntie cuba daun pisang dan akan cuba dapat kan daun rambai

    Mama Leen>> boleh tahan lepat ni auntie dan keluarga suke


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net