kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Feb-2008 10:08 Email | Share | Bookmark
Kuih Pau

 
 
Berberapa hari sudah auntie buat kuih pau, tapi auntie tak gunakan
tepung pau kerana tidak dapat di cari di sini, auntie guna tepung
gandum, nasib baik dapat resepi dari Kueh Mueh Hanieliza, memang sedap,
seperti kita semua tahu anything dari Kak Liza, misti jadi, so tanpa berfikir
panjang dan buang masa, terus auntie ke dapur, kalau tunggu nanti jadi malas,
ini lah hasil nya kuih pau


Bahan2 nya

500 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yeast
2 sudu besar shorterning
250 gm air suam


1) Gaul rata semua bahan kecuali air.
2) Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3) Uli sehingga licin (sampai tak lekat di tangan)
4) Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik sampai 2 x ganda.
5) Tumbukkan adunan, dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6) Bulatkan dan masukkan inti mengikut ( auntie gunakan inti kaya, dan kari kentang)
7) Lapikkan adunan di-atas kertas yang di gunting bulat.
Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9) Panaskan kukusan. Masukan adunan dan masakan selama 10 min.

Bila sudah masak buka kan tutup kukusan perlahan2 supaya air tidak
menitis ke atau kuih.


















Quote:
    Nur>> nanti post kan tungguuuuu

    MasriyahKalau cuaca terlalu sejuk kuih pun tak menjadi, kerana dia
    tak cukup naik, lagi kuih pau atau roti yang tak pakai bread maker, bergitu lah
    keadaan di sini kalau winter, jadi auntie letak dekat heater atau lampu yang panas
    baru dia naik

    MamaellaAuntie belum cuba buat pau inti sambal, misti sedap kan,
    kalau dekat apa salah nya leh makan sama2

    Kak Leen>> emm dah tentu Kak Leen tak perasan auntie, maklum lah
    kita tak pernah jumpa

    Nik Shasha>> Kalau ikut resepi Kak Liza macam ok, tapi auntie
    rasa kalau di tukarkan kepada tepung pau lagi bertambah eluk lah kut, kerana
    auntie belum cuba lagi, tapi resepi yang ini insyaallah

    Ida>> Betul tu Ida, fp Ida pun apa kurang ini, menjadi panduan auntie
    untuk masakan seharian, bergitu juga dengan kawan2 yang lain terima kasih semua nya

    Mak Lang>> boleh tahan lah pau tu, walau pun tepung pau tidak dapat di cari,
    kena terima kasih kat Kak Liza, kerana resepi dia, kesian Mak Lang kena tinggal, tak dapat
    gi jogging, esuk bagun awal tau

    Mamasya>> auntie tak uli lama pun, kejap aje lepas tu rest kan dia, nice,
    terima kasih kerana resepi buat jeruk buah nanti auntie cari kat fp Madiha

    Lee Lin>> Betul kata Lee Lin tu, kalau inti sikit tak sedap

    Julia>> kenapa ye, jadi kuning, auntie tak pasti lah, yang auntie buat tu ok pulak

    Srsfeqah>> Lagi banyak inti lagi best

    Roy Lazim>> sila kan, senang aje

    Madiha>> tu lah kepada orang yang dah biasa tu tak ada sukatan pun
    main campak2 aje, menjadi dan sedap pulak tu

    Daalia>> teror nya, hehehhe dah 3 kali, misti pau tu sedap gilossss

    Haniss>> Itu lah satu kelebihan kalau kita buat sendiri, boleh ikut
    selera sendiri

    Jie-Jie>> Auntie pun terus tak tahan bila tengok kawan2 kat fp
    dah buat pau ni, terus cuba buat alhamdullilah menjadi

    Mama Fami>> menjadi kan resepi dari Kak Liza, selepas masak
    dua tiga biji sekali ngap.....

    SoulhaTak pe tersilap masuk auntie suka kawan2 datang , pau resepi
    Kak Liza boleh tahan gebu nya, hanya guna tepung biasa

    Abah Along>> Kaya tu ok juga tapi pakai santan tin, auntie rasa kalau
    pakai yang original lagi sedap kut , terima kasih abah kerana menjemput auntie
    singgah ke rumah abah, kalau auntie balik, insyaallah baik hati abah

    Sab>> cuba lah Sab senang aje

    srsFeqah>> dah melawat page Feqah, takut ....

    Zira>> boleh tahan juga pau tu, terima kasih kerana melawat page auntie

    Noor>> Auntie tak dapat buka page Noor, kenapa ye


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net