kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Mar-2008 11:27 Email | Share | Bookmark
Boston Banoffee Pie

 
 
 
Bila auntie membaca email yang di terima dari RNet, dan bila terbaca recipe
dari Puan Jeni Boston Banoffee Pie, terus hati ini berkata, misti cuba, lagi pun
pisang yang ada itu misti diguna secepat mungkin, nanti lebam pula dia, malam
semalam angin rajin, terus ajak Shasha buat Pie ini, oleh kerana auntie cuba
pun dah agak lewat, jadi hari ini baru auntie rasa, emmmm memang sedap,
manissss, betul kata Puan Jeni, rasa macam toffee, harum tak rugi buat, di bawah
auntie paste kan recipe yang auntie copy dari Blog Puan Jeni
terima kasih kerana berkongsi recipe.






Boston Banoffee Pie

Bahan-bahan

Filling
115 gm butter, didadu
200 gm susu pekat
115 gm soft brown sugar
2 tbsp golden (light corn) syrup
Pisang slice secukup rasa
Perahan jus lemon

Hiasan
Whipped Cream
Grated chocolate

Pastri
150 gm / 1 1/4 cawan tepung serbaguna
115 gm butter, didadu
50 gm / 1/4 gula castor

Cara Membuat pastri

Panaskan oven kepada suhu 160C.
Kisar campuran tepung dan butter dengan menggunakan food processor sehingga menjadi serbuk kasar. Kalau tiada gunakan tangan sahaja atau garpu, tekan/gentel butter dgn tepung.
Campurkan gula dan uli sehingga menjadi doh. Dohnya lembut dan sedikit rapuh.
Tekan dengan tangan doh tersebut ke dalam loyang quiche yang basenya boleh tanggal tu.
Bakar selama 30 minit.
Cara Membuat filling

Masukkan butter, susu pekat, brown sugar dan syrup ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga menteganya dan gulanya cair.
Kemudian besarkan sikit api supaya campuran ini boleh menggelegak (gelegak sikit je ye). Kacau campuran selalu. Masak ia sehingga campuran ini pekat dan bewarna perang muda seperti warna caramel.
Tuangkan filling ke dalam pastri yang telah masak tadi dan biarkan ia sejuk.

Setelah sejuk, susunkan pisang slice di atas filling tadi. (fillingnya memang tak akan keras, ia mcm filling blueberry tart tu jugak. Tapi kalau simpan dalam peti sejuk memang boleh jadi agak liat.) Tinggalkan gap kosong di tengah2.

Sprinklekan jus lemon atas banana slice. (Saya skip part ni.)

Pipekan whipped cream di tengah2 pie yang dibiarkan kosong tadi.

Taburkan grated chocolate atas whipped cream.



Auntie tak letak whipped cream, kerana tak ada stock







Quote:
    Masriyah>>Boleh, bila2 masa saja


    Nik Shasha>> Terdengar2 suara Danial cakap macam tu, ish geram nya
    comel kan

    Mamasya>> yummmm, kalau orang suka manis

    srsfeqah>> tu lah banyak sangak chocolate sampai tak nampak pisang

    nn>> Terima Kasih kerana sudi melawat

    Rinzura>> cuba lah, senang aje

    Soulha>> auntie pun macam selalu simpan resepi, tapi kering2 juga idea nak masak

    Nur>> sama aje dengan page Nur, leka auntie di buat nya

    Noor>> boleh tahan lah Pie ini

    Bonda Raqyn>> bonda tak suka ye


    Wa>> try lah Wa, memang best

    Roy Lazim Ye ke budak suka kut manis

    zmy-Zaiton>> ye ke senang aje, Zaiton cuba lah, nanti kasi tahu auntie
    terima kasih kasi auntie link yang baru, dah ok dah

    Fazi>> Ye ke Fazi, terima kasih

    Jie-Jie>> senang aje, try lah

    Lee Lin>> memang manis, sekali2 boleh, selalu jangan

    Mak Lang>> sama lah dengan auntie tengok resepi semua pun suka
    macam nak buat, tapi tak buat2

    Ida>> auntie pun bergitu entah banyak mana simpan resepi
    buat aje yang belum

    Jeni>> Salam Jeni, memang sedap Pie ni, terima kasih kerana berkongsi
    resepi, biasa saja tinggal di sini, auntie pun berharap satu hari dapat sampai ke Riyardh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net