kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Mar-2008 11:50 Email | Share | Bookmark
Cheese Butter Cake

 
 
 
>>Bila auntie melayari page Rinn Chan, hati tertarik dengan Cheese Butter Cake,
memang auntie suka butter cake, cheese cake, apa saja cake, ada orang suka
masak tapi tak suka makan, berlainan dengan auntie suka masak dan suka makan
teruk nya, yang elok nya tak suka makan, baru lah jaga badan ,sikit, emmm nampak nya
kena buat sedikit exercise, makan sedikit, rasa, rasa gitu, insyaallah tak mengapa
kut , kawan ini dia butter cheese cake yang auntie buat, sedap bukan kerana
auntie masak tapi sedap kerana resepi nya yang baik dari Rinn Chan, terima kasih
daun keladi Rinn


Cheese Butter Cake (Link)

Bahan-bahan :
170 gm mentega
125 gm cream cheese
250 gm gula castor
5 biji telur, asingkan putih dan kuningnya
210 gm tepung gandum
1 1/2 camca teh baking powder, diayak bersama tepung
2 camca teh esen vanilla
1/8 camca teh cream of tartar

Cara-cara :


1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan ringan.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji.Putar sampai sebati.
4. Masukkan tepung dan esen vanilla dan pelahan kan putaran.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kental dan masukkan cream of tartar.
6. Apabila sudah kental, masukkan 1/3 bahagian ke dalam adunan tepung tadi.
7. Kaup balikkan. Ulangi hingga habis.
7. Ratakan adunan ke dalam loyang beralas kertas dan dilengser sedikit majerin.
8. Bakar pada suhu 170 deg , selama lebih kurang 1 jam atau sampai masak.
9. Keluarkan, biar atas redai dalam 10 min sebelum dikeluarkan dari loyang.


















Quote:
    Zab>> senang aje Zab cuba lah

    Mamasya>> auntie suka juga baking, tu lah selalu buat

    Sabrina>> auntie suka cake ini, rasa butter dan cheese

    srsfeqah>> muda lagi Feqah dah rajin masak

    Rin>> Salam, nanti datang rumah auntie makan ok

    Ida>> boleh tahan Ida cake ni , auntie suka

    Nur>> nampak nya kita ni sama lah Nur

    Bonda Raqyn>> Terima kasih kerana PM kat auntie

    Masriyah>> Banyak pun boleh

    Kak ija>> salam perkenalan dari auntie, terima kasih kerana
    sudi singgah, auntie suka kalau cerita pasal makan, kadang2 mim alif lam sim juga

    Cik De Sam>>auntie tunggu entry Cik De

    Roy Lazim>> Auntie pun minat butter cake

    Zira>> boleh tahan juga cake ini

    Soulha, Cairo>> cheese juga kegemaran auntie


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net