kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Apr-2008 05:55 Email | Share | Bookmark
Gulai Ayam Pekat

 
 
Gulai Ayam Pekat kali pertama auntie masak, rasa nya lebih kurang rendang
sedap, tapi bukan rendang, kerana dia ada campuran jintan2, jadi bau nya wangi
recipe asal dari Mak lang ia nya,sesuai di makan dengan apa saja, auntie dah tentu makan dengan nasi putih, dan juga pada keesukan hari
auntie makan bersama2 dengan roti canai sebagai sarapan pagi, tiada kurang sedap nya
jika kita makan bersama2 pulut atau ketupat nasi. Selamat mencuba


Terima Kasih Mat gebu dan Mak Lang
























Gulai Ayam Pekat
Sumber : Mat Gebu & Mak Lang Azie

Bahan Utama
800 g ayam, di potong sederhana
4 biji kentang di kupas dan di cuci dan di belah empat dan di rendam
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 biji lemon, diambil juice
1 camca besar gula melaka (boleh di ganti dengan gula merah)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kerisik
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan bawang goreng, diramas halus
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih

Bahan Tumis :
Rempah untuk menumis (kulit kayu manis, bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih)
4 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris

Cara membuatnya
Cuci ayam, keringkan,gaul garam kunyit. Goreng sebentar dalam (3/4 masak) angkat.
Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumis hingga naik bau
Masuk bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga naik bau, dan pecah minyak.
Masukkan kentang, gaul, masak 5 minit dengan api perlahan.Masukkan ayam dan gaul rata, tuang sedikit air dan biar mendidih perlahan2.
Bila kentang lembut, masukkan santan, kerisik dan bawang goreng. Tambah gula melaka dan garam secukup nya.Masak hingga pekat, akhir sekali tuang juice lemon dan masukkan hirisan daun kunyit. Masak sekejap, setelah masak boleh lah di angkat.


Quote:
    Yangmazni>> Auntie pun sama, macam2 nak cuba, tapi tak juga
    cuba2

    Farah>> Thank you, auntie terpaksa masak, kerana tak banyak kedai makan
    kat sini, tak macam London, senang nak makan luar

    Rinnchan>> Boleh tahan juga rasa nya, bahan2 nya pun senang di dapat
    di sini

    Yullina>> Sama-sama

    Ida>> Bak sini pinggan

    Nora>> Insyaallah

    Niza>> Thanks Niza, comel nya Sofia, geram nya tengok

    Lee Lin>> mari sini makan dengan auntie

    Kak Leen>> terima kasih, memang gitu selagi tak buat asyik ingat aje

    Nik Shasha>> Susah, dan memang tak ade langsung, tapi yang ini auntie tanam kat
    hot house

    Nur>> Salam Nur, auntie juga selalu tegoda tengok masakan Nur, semua nya sedap2

    Cek De Sam>> cuba lah senang aje

    Mamasya>> Cuba jangan tak cuba

    Echa>> jauh sangat, kalau dulu tentu dah panggil, bonda pun rindu sangat
    dengan anakanda ku sorang ni

    Kak Ija>> alah, tu lah tak best tu jauh2 ni, tak dapat makan sekali

    srsfeqah>>boleh lawan dengan apa2 saja, roti pun menarik juga


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net