kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Apr-2008 07:32 Email | Share | Bookmark
Bengkang Susu

 
 
 
 
Kuih2 tradisional memang menjadi kegemaran auntie, dari dulu lagi
auntie suka mencuba, tapi selalu nya tak berapa menjadi, sampai kena
call kakak auntie di Malaysia dan di sini untuk mendapat bantuan-
bantuan, , sejak akhir2 ini setelah banyak resepi2 yang kita dapat
di alam cyber, saperti fp dan banyak lagi, hingga tak tertulis, terlalu banyak
"Terima Kasih banyak kepada semua yang tidak pernah lokek dengan ilmu
berkongsi dengan orang yang macam auntie ni, yang selalu buat tak menjadi,
senang sikit lah kalau nak makan kuih2, hanya cari bahan sahaja, kalau bahan
dah cukup, yesss boleh cuba, alhamdullilah setelah di ikut dengan step by step
recipe dari fp Kak Rus, maka jadi lah bengkang susu... memang sedap tak
rugi mencuba,

Terima Kasih Kak Rus dan kawan Kak Rus Puan Zoaini Harun





Senang aje masukan ke semua dalam food processor





Jangan pandang2 sangat terhitam sikit




Setelah sejuk di potong dan di hidangkan.



Recipe:-


2 cawan tepung gandum
3 biji telur ayam grade A
7 cawan susu segar
2 cawan gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan minyak sapi untuk dipanaskan pada loyang.
2 helai daun pandan di ikat

Cara membuat:-

1. Panaskan ketuhar, dan ayak kan tepung
2. Adunkan tepung bersama 4 cawan susu, gula dan telur. (guna blender)
3. Tuang adunan ini ke dlm periuk dan tambah lagi 3 cawan susu selebihnya
masukan garam,daun pandan yg diikat dan vanilla.
4. Kacau atas api sebentar untuk panaskan adunan sampai nampak naik wap.
5. Sediakan loyang yg dipanaskan dengan meletakkan minyak sapi.
6. Tuang adunan ,keluarkan daun pandan dan bakar selama 1 1/2, atau sampai masak.
7. Sejukan dahulu baru di potong.


Quote:
    Masriyah>> Laju sikit yang ini sebab memang suka makan
    bengkang

    Madiha>> Bukan auntie sorang yang tanam semua tu, suami pun sama
    kita ni banyak mengarah itu dan ini, tapi kalau asian vegs memang auntie incharge
    dia tak pandai sangat

    Jasmeen>>Salam Jasmeen, terima kasih kerana singgah ke fp yang tak
    lah sehebat mana, insyaallah akan auntie cuba perbaiki dari masa kesemasa,
    tak lah banyak masakan sangat, sekadar makan sendiri dan keluarga

    Mak Lang>> Ye ke Mak Lang tak de peminat bengkang kat rumah, kalau gitu
    Mak Lang datang rumah auntie lah boleh makan bersama

    Niza et Sofia>> Auntie kat sini baik, harap bergitu juga dengan Niza n family kat sana

    Azue>> Terima kasih Azue, kerana melawat, auntie pun dah ke page Azue

    Mama Fami>>

    Aummchak>> Boleh tahan bengkang ni

    Farah,UK>> Cuba lah Farah, senang aje bila buat kuih macam ni teringat macam kat kampung

    Ida>> Auntie pun sama banyak dalam peti ajaib tu

    Lee Lin>> Betul kata Lee Lin tu, itu lah tak jadi kuih asli

    Nadia>> Thank you Nadia, cantik handbag

    Soulha, Cairo>> K.I.V.

    Kak Leen>> Senang dan bahan nya tak banyak

    Alexs Azlan>> Auntie pun sama kalau tengok emmm dah tentu teringin

    Mamasya>> Ha Ha Ha tak hitam ke


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net