kay's photos

By: umi kal wheldon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Apr-2008 04:07 Email | Share | Bookmark
Daging Dendeng

 
 
Dah lah, dah penat terima hadiah minggu ini, lebih baik auntie cerita pasal
masakan pula, masakan yang auntie buat a few days ago, sedap
dan tidak bergitu pedas, menambah selera makan (ha ni yang tak
sedap dengar ni, menambah selera makan) bila nak slim, nanti tak cantik
pula, kena lah jaga sikit, dalam umur bergini, rajin masak, rajin makan
ada orang rajin masak, tak rajin makan, kalau sesiapa ada tips tolong,
please kasi kat auntie . Daging Dendeng, auntie copy recipe dari
siapa lagi Mak Lang Azie.....sedap
dan senang, daging lembut, rasa ketumbar,serai, nak buat lagi, keluarga suka,
itu dia pujian untuk Mak Lang, terima kasih daun keladi Mak Lang,
kerana berbakti dengan recipe, berkongsi dengan auntie di luar negara,
yang banyak ketinggal zaman,masakan lama2 banyak lah main campak2
kadang2 tak jadi Alhamdullilah senang sekarang, buka computer,
recipe bertolak2 keluar, click aje yang mana menjadi idaman kalbu




Nota untuk Mak Lang Azie


Quote:
    Mak Lang >>>>Lepas makan tengah hari, nasi putih dan
    daging dendeng ni, petang terpaksa auntie pun pergi berjogging
















Daging Dendeng
Sumber : Puti Mazura & Mak Lang Azie

Bahan2 Yang Di Perlukan:-


1 kilo daging batang pinang ( marinate kan dengan garam,sedikit kicap, dan
peram selama dua jam)
10 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
15 tangkai cili kering, direbus dan dikisar
4 batang serai, dikisar bersama cili kering
3 camca besar ketumbar, disangrai dan kisar kasar
setengah cawan air asam jawa
4 camca besar kicap manis
1 cawan air (atau lebih)
garam
gula
3 cawan minyak

Cara
Pijarkan dua sudu makan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ketumbar dan goreng sampai wangi.
Masukkan cili pes, goreng hingga terbit minyak.
Masukkan daging yang telah diperap dengan bahan perapan sekali,
balik-balikkan untuk "seal"nya.
Bila sudah "seal" daging, masukkan air,
didihkan dan kemuidan kecilkan api, tutup kuali/periuk.
Bila daging sudah empuk, buka penutup, masukkan air asam jawa
dan kicap dan biarkan renih sehingga air kering.
Masukkan minyak masak yang selebihnya dan besarkan sedikit api.
Goreng sehingga kering dan garing, tambahkan gula dan garam jika masih tawar.


Di hidangan dengan nasi panas


Quote:
    Mama Fami>> Alah kesian Mama, kena cut down red meat ye

    srsfeqah>> Nak try, nak try, nak try, okkk try lah lepas tu jogging

    Kak Rus>> cuba Kak Rus

    Mak Lang>> Terima kasih Puti Mazura dan Mak Lang kerana berkongsi
    resepi yang sungguh lazat ini

    Niza>> Nanti balik suruh mak buat

    Fazizaid>> Hulur piring boleh kita share

    Nur>> Berselera makan daging dendeng ni

    Mamasya>> Banyak orang tahu buat masakan ni

    Zira>> Kena buat lagi tu Zira

    Jasmeen>>

    Rozi>> Terima kasih kerana melawat page auntie, dan salam
    perkenalan, nanti auntie gi blog je, terima kasih kerana menjemput auntie

    Farah>> Lain kali Farah cuba

    Lee Lin>> Yang kat depan TV goyang sikit2 tu orang dah slim, kalau macam
    auntie ni lagi naik lah badan

    Cik Tun>> Ha ha ha sungguh tak munasabah getah apple ada lah

    Masriyah>> cuba lah, gambar tak boleh percaya sangat hahahaha


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net